Harian Metro

Dollah intai peledak perkasa Pahang

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahka­n pihaknya mencari seorang penyerang berkaliber untuk memperkasa­kan jentera serangan skuad itu.

Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui ketiadaan Francis Forkey Doe yang ditimpa kecederaan serius hingga terpaksa diketepika­n cukup dirasai skuad Tok Gajah yang berdepan masalah ketumpulan barisan serangan.

“Ia dapat disaksikan ketika kami gagal membolosi gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi suku akhir pertama Piala FA, kelmarin.

“Pahang perlu mencari pengganti Forkey Doe untuk mengembali­kan ketajaman di bahagian serangan yang tumpul.

“Setakat ini, kami sudah menghubung­i beberapa pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Forkey Doe dan diharap ia dapat dimuktamad­kan secepat mungkin,” katanya.

Dollah berkata, adalah lebih baik sekiranya penyerang baru itu dapat bersama Tok Gajah lebih awal sebelum jendela perpindaha­n bulan depan.

Ia bertujuan membentuk persefaham­an antara pemain kerana aspek itu diberi keutamaan segera bagi memastikan keserasian dapat dibentuk.

Pada aksi pusingan ketiga Piala FA bertemu Kedah, Forkey Doe terpaksa diusung keluar seawal minit ke-10 selepas mengalami kecederaan kaki kanan.

Dalam saingan Liga Super, pemain berusia 33 tahun itu membuktika­n dia masih penyerang berbisa apabila menjaringk­an tiga gol sepanjang lima perlawanan.

 ??  ?? DOE (kanan) terpaksa diketepika­n kerana mengalami kecederaan serius.
DOE (kanan) terpaksa diketepika­n kerana mengalami kecederaan serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia