Harian Metro

Pasukan Liga-M teruja tawaran Ronaldinho

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tawaran menarik bekas Pemain Terbaik Dunia dari Brazil, Ronaldinho yang menyatakan minat untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) secara percuma membuatkan ada pasukan tempatan tak senang duduk.

Antaranya, Perak

(gambar)

yang melihat kehadiran Ronaldinho mampu memberikan tarikan hebat seluruh dunia andai bekas pemain Barcelona itu beraksi di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mereka berminat untuk ‘merisik’ tawaran Ronaldinho biarpun mengakui sudah berpuas hati dengan persembaha­n pemain import yang ada dalam pasukan The Bos Gaurus.

“Saya tengok berita, dia (Ronaldinho) kata percuma, tapi kita tak boleh nak kata apa-apa sebab walaupun dia kata percuma, apa yang percuma? mungkin gaji saja dan yang lain-lain tak, sebab dia star (bintang).

“Lagi satu kita pun

sudah ada tiga pemain import luar daripada kuota Asean dan pada saya prestasi mereka juga bagus. Takkan kita nak gugurkan seorang untuk ambil pemain yang belum tentu boleh main sampai habis musim,” katanya.

Sukan NSTP kelmarin melaporkan, Ronaldinho secara terbuka menyatakan berminat untuk bermain di Malaysia tanpa sebarang bayaran kerana keghairaha­n peminat bola sepak di sini serta layanan baik yang diterimany­a ketika dua kali berkunjung ke Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un pemain skuad juara Piala Dunia Brazil 2002 itu sudah mengumumka­n persaraan Januari lalu dan kini hanya memberi fokus kepada akademi bola sepak miliknya dan kariernya sebagai pemuzik.

Puhat berkata, pihaknya sedia untuk mencuba nasib andai benar Ronaldinho benar-benar serius dengan tawaran itu.

“Insya-Allah kita cuba, pada saya tawaran itu menarik, kita boleh kaji, mungkin betul kita pun boleh ambil,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia