Harian Metro

KL Kopites pahat sejarah baru MBOR

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Lumpur: Selepas berjaya menarik hampir 500 peserta dalam pertanding­an sepakan penalti anjuran KL Kopites penghujung tahun lalu, kelab penyokong Liverpool Malaysia itu kini bersedia untuk memahat sejarah baru dalam Malaysia Book of Record (MBOR) apabila bakal menganjurk­an Koleksi Jersi Liverpool Paling Banyak di Dewan 1M4U Puchong, Rabu ini.

Dengan menyasarka­n himpunan koleksi jersi dari musim pertama penubuhan kelab dari 1892 hingga kini menyaksika­n sasaran 1,000 jersi itu sudah berjaya dikumpulka­n KL Kopites.

Menurut Presiden kelab penyokong, B Sashidaran, cetusan idea untuk menganjurk­an acara itu timbul ketika perbincang­an antara ahli kelab pada tahun lalu yang melihat acara berkenaan masih belum dilakukan kelab penyokong lain sebelum ini.

“Di luar negara rasanya sudah ada yang melakukann­ya. Tetapi di Malaysia ia baru dan kami mengambil inisiatif untuk menjadi kelab penyokong pertama menganjurk­an acara itu.

“Berdasarka­n perkembang­an semasa, kami sudah berjaya mengumpul 1,000 jersi dan jumlah itu semakin meningkat.

“Sudah tentu ia melegakan kami yang turut berhasrat mencatat sejarah dalam MBOR dengan syarat harus mengumpul jersi melebihi 1,000. Apapun, kami masih ada masa dan saya amat mengalu-alukan sekiranya ada lagi rakan-rakan penyokong Liverpool yang mahu menyertai acara ini pada Rabu nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli kelab KL Kopites dari Sabah, Yohanes Yosep mengaku teruja menanti acara berkenaan dengan beliau sendiri menyumbang­kan 70 jersi.

“Saya antara penyokong tegar Liverpool dari Sabah. Saya dan rakan-rakan lain dari Sabah berjaya mengumpulk­an hampir 70 jersi bagi menjayakan acara ini yang memerlukan 1,000 koleksi untuk disenaraik­an dalam MBOR,” kata Yohanes yang mula bersama KL Kopites tiga tahun lalu.

Tammie Ng antara wanita paling aktif dalam KL Kopites pula berkata, persiapan untuk menghadapi acara itu hampir 80 peratus selesai dengan ahli jawatankua­sa kini sedang sibuk menyiapkan tag pada setiap helaian jersi bagi memudahkan proses susunan ketika acara.

 ??  ?? AHLI KL Kopites menyusun pelbagai koleksi jersi Liverpool .
AHLI KL Kopites menyusun pelbagai koleksi jersi Liverpool .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia