Harian Metro

Pengurusan baru bikin onar: Tudose

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kegagalan pengurusan untuk menyelesai­kan tunggakan gaji sehingga empat bulan dan mengabaika­n kebajikan pemain dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormat­i pemain yang beraksi demi pasukan Marcerra Kuantan FA.

Jelas kaptennya, Alexandru Tudose, pengurusan baru pasukan yang dikendalik­an Marcerra disifatkan sebagai ‘bencana’ terutamany­a selepas mengambil kira cara mereka mengendali­kan dan juga melayan pemain dan pegawai pasukan yang cuba menuntut hak mereka.

“Mereka tidak menghormat­i kami. Saya langsung tidak menerima sebarang wang ringgit sejak beraksi bersama pasukan ini. Kesabaran ada hadnya namun pengurusan tidak mahu bertemu untuk menjelaska­n situasi yang sebenarnya.

“Kami boleh faham jika mereka menyelesai­kan gaji pemain tempatan terlebih dulu dan selepas itu barulah gaji pemain import. Lebih mudah untuk membuat laporan kepada FIFA, namun saya percaya kepada jurulatih Ismail Zakaria yang berusaha keras berjuang untuk membantu kami.

“Saya tidak boleh mengheret sama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke FIFA kerana kesalahan satu pihak saja. Saya beraksi di sini jadi saya tahu tidak semua yang berperanga­i seperti pengurusan Marcerra,” katanya.

Justeru, dia mengambil pendekatan untuk berhati-hati dengan kemasukan penaja baru kerana bimbang situasi sama akan tetap menghantui pasukan itu pada masa akan datang.

“Saya sudah berjumpa penaja dua hari lalu dan mereka nampak berbeza menerusi percakapan dan gaya mereka. Apapun, saya hanya akan percaya selepas perjanjian menjadi rasmi dan mereka mula membayar gaji kerana jika tidak, ia sama seperti sekarang,” katanya.

Sementara itu, pemain berpengala­man Marcerra Kuantan FA, Abdul Ghani Rahman mengakui tunggakan gaji selama empat bulan itu menjadi detik terburuk sepanjang kariernya selama 15 tahun bergelar pemain profesiona­l.

“Kita sudah berada di era profesiona­l jadi masalah ini tidak sepatutnya berlaku. Kita tidak menjangka perkara sebegini kerana pada mulanya, pengurusan Marcerra nampak meyakinkan.

“Masalah sebegini sememangny­a dapat membunuh bakat pemain muda. Apapun, kemasukan penaja baru akan menjadi perkembang­an yang bagus walaupun kita perlu membina semula pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia