Harian Metro

Amaran awal Shah Firdaus

- Azlan Muhammad Zain sukanteam@nstp.com.my

 Rizal akui pelumba muda negara dapat tonik tambahan selepas berjaya singkir Glaetzer

Bekas pelumba negara, Mohd Rizal Tisin percaya kejayaan Shah Firdaus Sahrom menumbangk­an juara dunia, Matt Glaetzer di Sukan Komanwel akan menjadikan dia pelumba yang lebih baik pada masa depan.

Walaupun tidak memenangi pingat, Rizal percaya kejayaan mengejutka­n pelumba yang mempunyai reputasi tinggi serta harapan tuan rumah bakal menjadi motivasi tinggi kepada Shah Firdaus dalam meneruskan kariernya.

“Saya percaya tahap keyakinan dia akan tinggi selepas ini, dia tidak lagi perlu gentar dengan nama besar apabila bersaing di kejohanan antarabang­sa.

“Malah, dia akan menjadi perhatian pelumba ternama yang lain apabila turun beraksi pada kejohanan disertainy­a nanti.

“Walaupun masa kelayakan yang dicatatkan­nya agak perlahan, Glaetzer ternyata silap apabila memandang rendah kepada taktikal Shah Firdaus ketika berlumba. Hasilnya kejutan terbesar berlaku di Sukan Komanwel Gold Coast,” jelas bekas pemenang gangsa Kejohanan Trek Dunia 2009 itu.

Shah Firdaus menjadi tumpuan di Velodrom Anna Meares kelmarin, apabila menyingkir­kan harapan tuan rumah dan pilihan utama acara pecut individu seawal pusingan pertama sehingga Glaetzer sendiri menyifatka­n ia adalah kekalahan yang memalukan bagi dirinya.

Glaetzer, 26, dilabel bintang baru Australia memenangi pecut individu pada Kejuaraan Trek Dunia di Belanda baru-baru ini.

Malah, dia adalah pelumba pertama di dunia yang melakukan catatan bawah seminit pada paras laut dalam acara ujian masa satu kilometer.

Bagaimanap­un, harapan Shah Firdaus untuk melakar kejutan ke atas seorang lagi pelumba ternama dari New Zealand, Sam Webster tidak kesampaian apabila tewas dalam dua siri perlumbaan pada separuh akhir.

“Saya percaya dia akan terus mempamerka­n peningkata­n hasil sentuhan ketua jurulatih, John Beasley dan pembantuny­a, Mohd Junaidi Nasir.

“Usaha untuk membentukn­ya dalam menghadapi Sukan Olimpik 2020 semakin membuahkan hasil.

“Apa yang penting, dia perlu kekalkan disiplin dan terus berusaha bagi membolehka­n dia menjadi seperti Azizulhasn­i Awang nanti,” tambah pemenang perak dan gangsa Sukan Komanwel 2010 itu.

 ??  ?? SHAH Firdaus jadi tumpuan di Velodrom Anna Meares kelmarin.
SHAH Firdaus jadi tumpuan di Velodrom Anna Meares kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia