Harian Metro

Getir buru emas

-

 India halangan terakhir skuad badminton berpasukan campuran

Pilihan utama, India akan menjadi halangan terakhir skuad badminton negara meraih pingat emas berpasukan campuran apabila kedua-dua pasukan membuat perhitunga­n dalam aksi final di Kompleks Sukan Carrara, hari ini.

Malaysia yang diketuai jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei

akan turun dengan misi memburu emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara itu.

Terdahulu, skuad negara cemerlang apabila menewaskan England 3-0 dalam aksi separuh akhir, semalam manakala India menundukka­n Singapura juga dengan

(gambar)

keputusan 3-0.

Pemain nombor enam dunia, Chong Wei menyumbang mata kemenangan buat Malaysia apabila membenam cabaran Rajiv Ouseph 21-18, 21-16 dalam tempoh 47 minit.

Dalam aksi pertama, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menewaskan Chris Langridge-Marcus Ellis 21-9, 21-11, manakala Soniia Cheah menyumbang mata kedua menerusi acara perseorang­an wanita hasil kemenangan ke atas Chloe Birch 21-17, 15-21, 21-18.

Pertemuan dengan India hari ini boleh dianggap sebagai aksi buku bertemu ruas buat Malaysia yang memenangi emas pada edisi 2006, 2010 dan 2014.

Pada aksi final,

India hampir pasti meraih mata dalam acara perseorang­an wanita menerusi Saina Nehwal yang dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan Soniia.

Chong Wei pula berkemungk­inan bertemu sama ada pemain nombor dua dunia, K Srikanth atau HS Prannoy dalam acara perseorang­an lelaki.

Berdasarka­n rekod pertemuan dengan Srikanth, Chong Wei, 36, menang semua empat perlawanan sebelum ini, tetapi dia tewas dalam dua pertemuan terakhir di tangan Prannoy tahun lalu.

Beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong dijangka tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata, tetapi beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu wanita diramal berdepan persaingan sengit.

Bagi Chong Wei, dia mahu menjadikan aksi di Gold Coast sebagai salah satu kenangan indah dengan dia mengesahka­n ia akan menjadi penampilan terakhir pada temasya berkenaan.

“Saya harap saya boleh capai apa yang saya mahukan di sini. Ia sesuatu yang hebat apabila beraksi di pentas final Sukan Komanwel sekali lagi selepas lapan tahun yang mana saya tidak beraksi pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

“Saya ingat saya tidak akan bermain lagi selepas Olimpik Rio, tetapi saya sudah berada di sini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia