Harian Metro

Negeri pertama umum kenaikan gaji penjawat awam

-

Sarawak mengikuti langkah Kerajaan Pusat mengumumka­n kenaikan gaji tahunan penjawat awam sebagai menghargai sumbangan mereka dalam mendokong agenda pembanguna­n negeri dan sosio ekonomi rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengumumka­n perkara itu berkata, ia membabitka­n kenaikan satu anak tangga penggajian, mengikut skala dan gred masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

“Ya, kita (Kerajaan Sarawak) memutuskan penjawat awam negeri ini diberikan kenaikan satu anak tangga gaji mereka berkuat kuasa serta-merta.

“(Perkara) Ini saya serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan

Sri Mohamad Morshidi

Abdul Ghani) untuk menguruska­nnya,” katanya selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Miri, di sini, semalam.

Hadir sama, dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Abang Johari berkata, keadaan ekonomi semasa yang semakin bertambah baik memberikan keupayaan kepada kerajaan negeri menaikkan gaji kakitangan awam negeri ini.

“Ia juga membuktika­n penghargaa­n kerajaan negeri terhadap peranan dan tanggungja­wab yang dilaksanak­an dengan baik oleh setiap kakitangan awam di Sarawak.

“Sarawak akan terus menjaga kebajikan kakitangan awam negeri ini dari semasa ke semasa, seterusnya memastikan sumbangan mereka dihargai,” katanya.

Sarawak negeri pertama mengumumka­n kenaikan gaji penjawat awamnya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n kenaikan gaji khas 1.6 juta penjawat awam Persekutua­n berkuat kuasa 1 Julai ini.

 ??  ?? ABANG Johari (dua dari kanan) menyerahka­n biasiswa Yayasan Sarawak kepada pelajar pada Majlis Sejiwa Senada di Miri, semalam.
ABANG Johari (dua dari kanan) menyerahka­n biasiswa Yayasan Sarawak kepada pelajar pada Majlis Sejiwa Senada di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia