Harian Metro

Tunggu 40 tahun

 Warga emas teruja nama tersenarai sebagai bakal jemaah haji Sarawak tahun ini

- Khalid Latip news@nstp.com.my

Tiada kata dapat diluahkan seorang warga emas apabila impiannya menunaikan haji bakal menjadi kenyataan selepas 40 tahun menunggu.

Abdul Wahab Dangu, 74, dari Kampung Supa Ulu, Pusa di sini, teruja apabila namanya tersenarai sebagai bakal jemaah haji Sarawak tahun ini.

Malah, tiada apa yang lebih menggembir­akan apabila dia turut berpeluang menunaikan ibadat itu bersama isteri tersayang, Ajar Sam, 73.

Abdul Wahab berkata, biarpun berdepan pelbagai kekangan, namun berbekalka­n tekad dan semangat tinggi, dia sentiasa berusaha untuk memastikan keperluann­ya ke Tanah Suci mencukupi.

“Saya menyimpan (wang) sedikit demi sedikit bermula pada 1980-an. Biarpun pendapatan tidak menentu dengan hanya bertani secara kecil-kecilan, saya tetap memperuntu­kkan sebahagian wang itu sebagai simpanan ke Makkah.

“Walaupun pernah menunaikan umrah dua tahun lalu, perasaan kali ini lebih gembira dan teruja. Malah, kami sudah cukup bersedia dari sudut fizikal dan mental,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Abdul Wahab sebahagian daripada 200 bakal jemaah haji dari seluruh negara yang terpilih menerima sumbangan Program Kotak Barakah Tabung Haji.

Sementara itu, Pengurus Tabung Haji Cawangan Sarikei Madehi Mahdan berkata, program dianjurkan bersama Yayasan Tabung Haji itu selari misi agensi berkenaan untuk mendekati rakyat.

“Ini tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat dan program yang julung kali diadakan ini khas untuk mereka yang kurang berkemampu­an namun terpilih menunaikan haji.

“Program yang berlangsun­g di seluruh negara ini membabitka­n 200 penerima, termasuk 10 dari Sarawak yang terpilih,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Wahab dan isteri bersyukur kerana terpilih menunaikan haji selepas 40 tahun menunggu.
ABDUL Wahab dan isteri bersyukur kerana terpilih menunaikan haji selepas 40 tahun menunggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia