Harian Metro

Penggunaan bahasa Inggeris dianggap langkah proaktif

-

Kota Kinabalu: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar akan dimulakan di Sabah dan Sarawak tanpa meminggirk­an bahasa kebangsaan, disifatkan langkah proaktif melahirkan lebih ramai modal insan dari negeri berkenaan yang menguasai bahasa itu.

Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Hussin Basir berkata, ia juga membolehka­n pelajar dari Sabah khususnya meneroka bidang pendidikan lebih jauh dan berdaya saing.

“Contohnya pelajar mampu belajar dan menimba pengalaman bekerja di luar negara sebelum kembali ke tanah air. KGKS menyambut baik pengumuman itu dan percaya ia dapat dilaksanak­an dengan bantuan guru bahasa Inggeris serta kemudahan pendidikan mencukupi.

“Bukan hanya di sekolah rendah atau menengah, malah di universiti pun kebanyakan­nya (proses pembelajar­an) menggunaka­n bahasa Inggeris. Oleh itu, jika mahu pergi jauh, kita perlu menguasai bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak ketika menyatakan aku janji keempat khusus untuk Sabah Sarawak sempena pelancaran Manifesto BN berkata, kerajaan akan memulakan projek perintis sekolah menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sabah dan Sarawak tanpa meminggirk­an bahasa kebangsaan.

Najib berkata, ia adalah kehendak kerajaan kedua-dua negeri, selain BN sudah melaksanak­an nisbah guru di Sabah dan Sarawak hendaklah 90 peratus anak tempatan dan 10 peratus dari Semenanjun­g, dengan kini ia sudah mencapai 87 peratus bagi kedua-dua negeri.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangk­an sekolah kerajaan aliran Inggeris diwujudkan semula di Sabah bagi memperting­kat penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, Hussin berkata, penguasaan bahasa Inggeris penting dan amat baik diteruskan di negeri ini kerana ada dalam kalangan pelajar walaupun lepasan universiti, tetapi tidak mampu pergi jauh berikutan kurangnya penguasaan bahasa berkenaan.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan kerana menepati janji dalam pelaksanaa­n nisbah 90:10 guru di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia