Harian Metro

Wan Junaidi sedia pikul amanah

-

Penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menyatakan kesediaann­ya untuk terus memikul amanah mempertaha­nkan kawasan itu yang diwakiliny­a sejak 2004 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berusia 72 tahun itu berkata, tahap kesihatann­ya berada dalam keadaan baik, malah tekanan darahnya juga berada di tahap normal ketika diperiksa kakitangan Jabatan Kesihatan, semalam.

Katanya, bagaimanap­un terpulang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada beliau masih diberi kepercayaa­n untuk terus mewakili Parlimen Santubong.

“Saya juga menerima banyak permohonan daripada pengundi di kawasan Santubong supaya terus mewakili mereka.

“Jika tahap kesihatan menjadi ukuran, saya memang berada di tahap terbaik dan cukup cergas untuk terus berkhidmat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Ekspo Mini Kolej SIDMA Sarawak Masuk Desa, di Kampung Sejingkat, di sini, semalam.

Selepas bertukar dari Parlimen Batang Lupar pada 2004, Wan Junaidi berjaya mempertaha­nkan kemenangan BN di Santubong selama tiga penggal iaitu pada PRU-11 (2004), PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013).

Pada ketiga-tiga PRU itu Wan Junaidi berjaya memenangi kerusi dengan majoriti 12,590 undi (PRU-11), 15,800 undi (PRU-12) dan antara majoriti Parlimen paling besar seluruh negara pada PRU-13, iaitu 24,655 undi atau 85 peratus.

Sementara itu, ketika mengulas manifesto BN dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Wan Junaidi menyifatka­n ia aku janji yang amat luar biasa.

“Luar biasa kerana tawarannya memberi manfaat kepada semua dan kita di Sarawak turut menerima faedah cukup besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia