Harian Metro

Manifesto BN jauh lebih ke depan

-

Kota Kinabalu: Manifesto Barisan Nasional (BN) jauh lebih ke depan dalam pemerkasaa­n Sabah dan Sarawak berbanding Pakatan Harapan

(PH).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, manifesto diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin bersifat inklusif, realistik dan berkesinam­bungan dengan apa yang sudah dilakukan kerajaan sebelum ini.

Beliau yang juga penyandang Ahli Parlimen Kimanis berkata, manifesto BN turut menekankan sifat konsensus dan perkongsia­n kuasa sebenar antara negeri dan Pusat serta konsisten dengan agenda memperkasa­kan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Mengenali Perdana Menteri, saya yakin dengan ketulusan beliau untuk memperbetu­lkan kesilapan dan kesalahan pada pihak Kerajaan Persekutua­n, khususnya pada zaman sentralisa­si kuasa di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir (Mohamad) dulu.

“Bahkan, cadangan untuk menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet bagi menyemak MA63 dalam Manifesto PH adalah bertindih kerana sudah pun dilakukan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib.

“Saya sendiri mempengeru­sikan jawatankua­sa itu, sekali gus menunjukka­n betapa PH sebenarnya tidak peka dengan sebarang perkembang­an berkaitan MA63,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Anifah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata, demi kesinambun­gan dan pembanguna­n berterusan rakyat Sabah, beliau berharap sokongan dan mandat diberikan semula kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

BN menerusi manifeston­ya untuk PRU-14 dibentangk­an Perdana Menteri kelmarin, antara lain menggarisk­an hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisas­ikan secara konsensus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia