Harian Metro

Sudah tiba masanya...

- Kristy Inus kristy@nstp.com.my

 Sokong tukar istilah untuk ‘lain-lain’ etnik

Pemimpin tempatan mewakili pelbagai komuniti di negeri ini mengalu-alukan pemansuhan istilah ‘lain-lain’ di bawah segmen kaum dalam sistem aplikasi dalam talian kerajaan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Barisan Nasional (BN).

Presiden Persatuan Cina Sino Kadazandus­un Murut (Sino KDM) Datuk Johnny Goh berkata, ia penting kerana Sabah dan Sarawak mempunyai perwakilan besar di Malaysia dan tidak boleh dirujuk sebagai ‘lain-lain’ secara etnik.

“Sudah tiba masanya (buang istilah lain-lain), tetapi kita perlu memikirkan apa yang akan menggantik­annya, sama ada menggunaka­n majoriti terbesar sebagai contoh di Sabah iaitu masyarakat KDM.

“Kerajaan perlu menangani dan menjelaska­n perkara ini sekarang selepas memutuskan untuk menghapusk­an ‘lain-lain’,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pada 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun pernah membangkit­kan yang kategori perkauman tanpa tujuan akan dimansuhka­n secara beransur-ansur.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah Datuk Juhari Janan, yang memuji langkah itu, turut mencadangk­an Kerajaan Persekutua­n menyenarai­kan 36 kumpulan etnik di Sabah, yang sudah disahkan Lembaga Kebudayaan Sabah.

“Sebenarnya, ada lebih banyak kumpulan sub-etnik dan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS), saya harap ruangan bangsa akan menjadi lebih spesifik pada masa depan, kami ingin melihat bangsa Sungai sebagai pilihan (ketika mengisi borang dalam talian),” katanya.

Bagi Kapitan Cina Bahagian Elopura di Sandakan James Leong, pula mahu pemilihan bangsa yang lebih umum, selain bersetuju dengan aspirasi generasi muda menerusi program Transforma­si Nasional 2050 (TN50), yang mahu melihat kotak itu digantikan dengan pilihan ‘Malaysia’ dan ‘bukan Malaysia’.

“Apa juga yang hendak diputuskan, perlu huraian lebih lanjut,” katanya.

 ?? Johnny Goh ?? Kerajaan perlu menangani dan menjelaska­n perkara ini sekarang selepas memutuskan untuk menghapusk­an ‘lain-lain’”
Johnny Goh Kerajaan perlu menangani dan menjelaska­n perkara ini sekarang selepas memutuskan untuk menghapusk­an ‘lain-lain’”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia