Harian Metro

NBOS 2018 dijangka tarik 6,000 pengunjung

-

Sarikei: Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2018 dijadualka­n berlangsun­g di Dewan Suarah Sarikei, di sini, bermula 13 hingga 15 April ini dijangka menarik lebih 6,000 pengunjung.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Jaul Samion berkata, kemuncak acara itu adalah majlis perasmiann­ya yang dijadual disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 April, jam 10 pagi.

Katanya, fiesta terbesar itu sebahagian inisiatif kerajaan untuk mendekati rakyat melalui pelbagai acara, termasuk pameran dan promosi pelbagai perkhidmat­an serta program yang dilaksanak­an di bawah inisiatif NBOS.

“Kita mempelawa penduduk hadir beramai-ramai kerana melalui penganjura­n program ini, mereka berpeluang berurusan secara terus dengan agensi berkaitan.

“Kita juga membuka lebih ruang dan peluang kepada masyarakat memahami kaedah dan strategi kerajaan dalam usaha menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Kewangan Persekutua­n Negeri, Mohd Saiful Sungkih Abdullah, Pengarah Unit Pelaksanaa­n dan Pemantauan Negeri, Abdul Rahman Sebli Senusi dan Residen Sarikei,Mohd Junaidi Mohidin.

Beliau berkata, lebih 100 agensi kerajaan akan menyertai program yang turut diserikan pelbagai acara sampingan termasuk senaman aerobik, masakan, karaoke, pertanding­an seni dan kebudayaan, pameran, jualan masyarakat, promosi produk dan agro bazar.

 ??  ?? JAUL Samion (kiri) ketika mempengeru­sikan sidang media
Fiesta NBOS, 2018 di Sarikei.
JAUL Samion (kiri) ketika mempengeru­sikan sidang media Fiesta NBOS, 2018 di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia