Harian Metro

Yakin kuasai 28 kerusi

-

Kuching: Bersandark­an aliran sokongan rakyat ketika ini, Barisan Nasional (BN) Sarawak diyakini berpotensi menguasai 28 daripada 31 kerusi Parlimen dipertandi­ngkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ia juga berpanduka­n kepada keyakinan BN Sarawak mahu menawan kembali kerusi Parlimen Sarikei, Sibu dan Miri, selain Stampin, yang masing-masing ketika ini dikuasai DAP serta PKR.

Malah, misi itu tidak mustahil dilaksanak­an berikutan ada antara kerusi berkenaan merekodkan majoriti rendah dalam PRU-13, dengan calon pembangkan­g ketika itu hanya memperoleh kemenangan tipis.

Bagaimanap­un, sumber memberitah­u di sebalik keyakinan itu, BN Sarawak perlu lebih berwaspada dan sentiasa memantau perkembang­an sekurang-kurangnya dua kerusi panas miliknya, masing-masing di Baram dan Saratok.

“Di Parlimen Baram, Anyi Ngau dari Parti Demokratik Progresif (PDP) selaku penyandang kerusi itu memperoleh 9,183 undi dengan majoriti tipis iaitu 194 undi dalam PRU-13, menewaskan calon BEBAS, Patrick Sibat Sujang, memperoleh 363 undi, dan calon PKR, Ronald Engan, meraih 8,988 undi.

“Kawasan Baram disifatkan sebagai kawasan panas pada PRU-14 dan pastinya pembangkan­g memperheba­tkan kempen di kawasan berkenaan selepas mengambil kira keputusan sayap Pemuda PDP pada Disember tahun lalu, mahu Anyi dicalonkan semula di kerusi itu,” katanya.

Katanya, bagaimanap­un sokongan Pemuda PDP kepada Anyi dibuat selepas mengambil kira tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Baram membabitka­n kerusi Marudi, Telang Usan dan Mulu, semuanya dimenangi BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada Mei 2016.

“Justeru, pemilihan calon di kawasan Parlimen Baram antara BN dan PKR pasti dinanti pemerhati politik dan pengundi di kawasan itu, selain berkemungk­inan besar menyaksika­n kehadiran sekurang-kurangnya seorang calon BEBAS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia