Harian Metro

‘Syukur rumah tersenarai...’

-

Tuaran: “Tidak dapat digambarka­n perasaan gembira dan bersyukur selepas rumah kami tersenarai dalam program baik pulih rumah daif kelolaan agensi kerajaan seminggu lalu,” kata Sulaiman Sipang, 54.

Penduduk Kampung Bunga, Tenghilan, dekat sini, antara 11 pemilik rumah yang terpilih dalam program baik pulih rumah daif anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sabah.

Sulaiman berkata, keadaan rumah papan dibina hasil tabungan sejak 20 tahun lalu itu begitu daif menyebabka­n tidak sesuai didiami mereka enam sekeluarga sebelum pembaikan.

“Namun, saya bersyukur kerana terpilih dalam program baik pulih rumah daif anjuran AADK dan Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sabah, sekali gus membantu menyelesai­kan permasalah­an kami sebagai penduduk miskin,” katanya ditemui dalam Program Ziarah Kasih dan Program Baik Pulih Rumah Daif yang disempurna­kan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor, semalam.

Seorang lagi penduduk menerima bantuan pembaikan rumah, Reena Awang, 37, menyifatka­n program itu memberi manfaat kepada penduduk miskin yang memerlukan bantuan kerajaan.

“Saya gembira dan terharu apabila dimaklumka­n rumah kami tersenarai daripada 11 kediaman di Kampung Bunga untuk dibaik pulih.

“Saya tidak dapat menggambar­kan perasaan ketika dimaklumka­n mengenai perkara itu, namun berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menyalurka­n bantuan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunaikan janjinya untuk membantu rakyat miskin di negeri ini.

“Rekod kerajaan BN membuktika­n tidak pernah gagal dalam menunaikan tanggungja­wab membasmi kemiskinan di negeri ini dan semua itu tidak akan terhenti,” katanya memberi jaminan semua janji BN dapat ditunaikan jika rakyat memberikan mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

 ??  ?? SULAIMAN menunjukka­n keadaan rumahnya selepas terpilih dalam program baikpulih rumah daif di Kampung Bunga Tenghilan, Tuaran.
SULAIMAN menunjukka­n keadaan rumahnya selepas terpilih dalam program baikpulih rumah daif di Kampung Bunga Tenghilan, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia