Harian Metro

Sesak nafas, mulut berbuih

-

 49 penduduk maut akibat serangan senjata kimia di Douma

Pertubuhan bantuan perubatan dan pasukan penyelamat mendakwa sekurang-kurangnya 49 terbunuh akibat serangan senjata kimia terhadap bandar Douma yang masih dikuasai pemberonta­k di Ghouta.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Perubatan Syria Amerika dan jabatan pertahanan awam yang beroperasi di kawasan itu menyatakan 49 terbunuh.

Kerajaan Syria disokong Russia yang menafikan tenteranya melancarka­n serangan kimia seperti yang tersebar sejak semalam, mendakwa pemberonta­k di Douma menyebarka­n berita palsu.

Menurut Reuters, mayat puluhan kanak-kanak, wanita dan lelaki dengan sebahagian mulutnya berbuih ditunjukka­n dalam rakaman video yang disiarkan aktivis namun ia tidak dapat disahkan.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan ia tidak dapat mengesahka­n sama senjata kimia digunakan atau tidak.

Pengarah pertubuhan itu, Rami Abdulrahma­n berkata, 11 mati di Douma akibat sesak nafas disebabkan asap senjata konvension­al digugurkan tentera Syria pemerintah.

“Keseluruha­nnya, 70 orang mengalami kesukaran bernafas,” katanya.

Menurut kenyataan bersama SAMS dan jabatan pertahanan awam, pihaknya menerima 500 kes penduduk mengalami kesukaran bernafas, mulut berbuih dan bau klorin.

Seorang mangsa maut sebaik tiba di hospital manakala enam lagi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut jabatan pertahanan awam, 42 yang mati dalam rumah mereka menun-

jukkan simptom sama.

Menurut SAMS, bom klorin mengenai hospital di Douma, membunuh enam orang manakala serangan kedua menggunaka­n ‘bahan campuran’, termasuk gas saraf mengenai bangunan berhampira­n.

Kerajaan Presiden Bashar al-Assad berjaya menguasai kembali Ghouta sejak melancarka­n serangan besar-besaran dengan sokongan Russia, Februari lalu, dan kini, hanya Douma masih dikuasai pemberonta­k, Jaish al-Islam.

Selepas suasana aman selama beberapa hari minggu lalu, kerajaan Bashar mula mengebom kembali Douma, Jumaat lalu.

Sementara itu, Russia menafikan laporan Syria menggunaka­n senjata kima dalam serangan di Douma.

Menurut laporan agensi berita Interfax yang memetik Kementeria­n Pertahanan, Russia bersedia menghantar pakar radiasi, senjata kima dan biologi bagi mengambil contoh sebaik Douma dibebaskan daripada pemberonta­k.

Kerajaan Syria pula menyatakan ia akan memulakan rundingan pengundura­n Jaish al-Islam dari Douma.

 ?? - Agensi ?? DUA kanak-kanak diberi rawatan pernafasan akibat terhidu gas beracun dalam satu serangan bom tentera Syria di Douma.
- Agensi DUA kanak-kanak diberi rawatan pernafasan akibat terhidu gas beracun dalam satu serangan bom tentera Syria di Douma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia