Harian Metro

Myanmar belum sedia terima Rohingya

-

Yangon: Myanmar belum bersedia menerima penghantar­an pulang pelarian Rohingya, kata pegawai paling kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melawat negara itu.

Ia berikutan dakwaan Myanmar melakukan pembersiha­n etnik dan mengakibat­kan hampir 700,000 etnik Muslim itu melarikan diri ke Bangladesh.

“Daripada apa yang saya lihat dan dengar, tiada akses perkhidmat­an kesihatan, tiada

perlindung­an serta tiada tempat tinggal, menjadikan keadaan tidak kondusif untuk mereka kembali,” kata Penolong Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaa­n PBB, Ursula Mueller, selepas lawatan enam hari ke Myanmar.

Kerajaan Myanmar berjanji melakukan yang terbaik bagi memastikan penghantar­an pulang melalui perjanjian ditandatan­gani dengan Bangladesh November lalu, adalah adil, bermaruah dan selamat.

Myanmar setakat ini mengesahka­n ratusan pelarian Muslim Rohingya boleh pulang.

“Kumpulan itu akan menjadi kumpulan pertama pelarian kembali ke Myanmar mengikut keselesaan mereka,” kata seorang pegawai Myanmar bulan lalu.

Mueller diberikan akses yang jarang diberikan Myanmar, termasuk kebenaran melawat kawasan paling terjejas di negeri Rakhine dan bertemu dengan menteri serta pihak hal ehwal pertahanan sempadan, termasuk pemimpin de facto Aung San Suu Kyi dan pegawai awam lain.

Ratusan ribu umat Islam Rohingya melarikan diri berikutan tindakan keras tentera kerajaan 25 Ogos lalu di negara barat laut Rakhine.

Pelarian Rohingya melaporkan kejadian pembunuhan, pembakaran, rompakan dan rogol, sebagai tindak balas terhadap serangan militan kepada pasukan keselamata­n.

 ?? - AFP ?? SEORANG wanita Rohingya berehat selepas mengambil bekalan bantuan di kem pelarian Kutupalong di daerah Ukhia, Bangladesh.
- AFP SEORANG wanita Rohingya berehat selepas mengambil bekalan bantuan di kem pelarian Kutupalong di daerah Ukhia, Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia