Harian Metro

‘Buka mata jangan tertipu’

- Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Farah Dinah Hassan news@nstp.com.my

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah kepada rakyat khususnya di negeri ini untuk buka mata dan jangan tertipu dengan apa yang dikatakan oleh individu berusia 93 tahun yang ingin menjadi Perdana Menteri.

Tunku Ismail bertitah supaya rakyat jangan tertipu, buka mata, gunakan akal fikiran dan mengikut bayangan yang akan baginda berikan kerana baginda tahu apa yang rakyat tidak tahu.

“Ini masa untuk restore

(pulihkan perintah) dan melaksanak­annya kepada sistem yang dirosakkan individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

“Ini masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula yang dirosakkan individu yang tamakkan kuasa dan duit.

“Jangan mudah terpengaru­h dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarka­n Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkeci­lkan perlembaga­an negeri Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia,” titah baginda.

Baginda berkata, Johor adalah negeri pertama yang mempunyai perlembaga­an sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahka­n sesebuah organisasi atau parti kerana hanya seorang yang bermasalah.

“Saya tidak lupa pada 1992 ketika saya kecil dulu dan nakal di sekolah, cikgu bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.

“Begitu juga dengan kisah Prebet Adam apabila Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertega­kkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan Internet, semua media dikawal kerajaan,” titah baginda.

Media mengeluark­an kenyataan kononnya Prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh Sultan Johor ketika itu sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur dua tahun dalam tragedi rumah terbakar.

Titah Tunku Ismail dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, malam kelmarin.

Tunku Ismail berkata, rakyat seharusnya tidak mudah dipermaink­an dengan anasir luar yang mahu menghancur­kan kedaulatan negeri itu.

 Tunku Ismail minta rakyat tidak terpedaya terhadap individu rosakkan sistem mahu jadi PM

“Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepemimpin­an Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahu boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita.

“Jangan kita berpecah-belah dan mudah dipermaink­an dengan anasir luar yang mahu menghancur­kan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak hanya latihan. Ia ibarat saya ke

sebelum pertanding­an golf sebenar.

“Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan Sultan dan saya membimbing nakhoda berkenaan demi anda.

“Ubah dan pertingkat­kan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingk­atkan untuk negeri dan negara tercinta,” titah baginda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia