Harian Metro

SAMBUT BAIK BR1M NAIK

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@nstp.com.my

“Saya berpendapa­tan rendah dan sudah tentu saya gembira dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai kenaikan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM1,200 kepada RM2,000,” kata tukang cuci, Rosnani Mat Yusoff, 54.

Dia yang ditemui di bandar ini semalam berkata, menunjukka­n kerajaan sangat prihatin dengan kehidupan rakyat yang menanggung beban menyara kehidupan pada masa kini.

Menurutnya, pengumuman kenaikan BR1M melegakan rakyat kerana meringanka­n beban ditanggung keluarga.

Katanya, BR1M membantu dirinya sekeluarga meneruskan kehidupan seharian terutama membeli barangan dapur termasuk beras, gula dan minyak.

Suri rumah, Norazlina Aziz, 33, berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa mendulukan rakyat kerana tidak pernah lupa memberi buah tangan dalam setiap pengumuman yang dibuat.

“Sebagai suri rumah dan suami pula makan gaji dengan pendapatan sederhana, keluarga saya memerlukan BR1M untuk membeli keperluan serta belanja persekolah­an dua anak.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini memberi nafas kepada kami ketika berdepan waktu kecemasan,” katanya.

Penjawat awam, Mohd Firdaus Yusoff, 35, berkata, pengumuman Perdana Menteri menggembir­akan kerana dia kini layak menerima BR1M bagi kategori pendapatan RM4,000 hingga RM5,000.

“Saya hanya berterima kasih kepada pemimpin negara kerana mereka tidak pernah melupakan rakyat termasuk golongan pendapatan pertengaha­n.

“Nilai RM700 itu sangat besar buat saya kerana boleh membeli keperluan anak termasuk susu, lampin pakai buang dan perubatan tiga anak,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menerusi pelancaran Manifesto BN mengumumka­n tiga kategori penerima BR1M sedia ada iaitu isi rumah berpendapa­tan di bawah RM3,000, RM4,000 ke bawah dan individu bujang pendapatan di bawah RM2,000.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia