Harian Metro

CIKGU YAZID MEMANG HEBAT

 Guru akademik bukti kemampuan lahir bakat luar biasa dalam sukan, pasukan uniform

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Dia bukan ahli sukan terlatih sebaliknya hanya sekadar guru akademik, tetapi siapa sangka berkat kesungguha­n dan tunjuk ajar diberikan, Mohd Yazid Umar mampu melahirkan bakat luar biasa dalam sukan serta unit beruniform.

Buktinya dua anak didiknya pernah mewakili

negara ke National Youth Archery Championsh­ips

di Australia pada 2015, selain kejayaan membawa Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolahnya ke Perkhemaha­n Kadet Bomba dan Penyelamat di peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut sejak 2015.

Menurut Mohd Yazid, dia bertugas sebagai guru kemahiran hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor yang juga Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT), selain diamanahka­n sebagai jurulatih memanah, olahraga, kawad kaki serta penasihat kadet bomba sekolah.

“Saya bukan orang sukan, semuanya berlaku secara kebetulan apabila dihantar pihak sekolah menghadiri kursus kejurulati­han sukan memanah di Shah Alam pada 2010. Sejak itu, saya mula melatih pelajar untuk memanah.

“Sejak 2011, tujuh atlet memanah kami berjaya ke peringkat daerah, empat orang mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan dan lima pelajar ke peringkat antarabang­sa.

“Dalam National Youth Archery Championsh­ips pada 2015, Nur Adlina Marini Amir Suharman berjaya meraih johan keseluruha­n kategori perempuan bawah 15 tahun, manakala Muhammad

Aiman Mohd Idaham ke peringkat suku akhir kategori lelaki bawah 18 tahun.

“Walaupun hanya Nur Adlina Marini memenangi kejohanan itu manakala Muhammad Aiman tidak berjaya ke pusingan akhir, saya tetap berbangga kerana mereka sudah sampai ke tahap itu melalui latihan yang saya berikan,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah juga mengamanah­kannya sebagai pengurus dan jurulatih pasukan olahraga serta memimpin pasukan unit beruniform dalam kawad kaki dan terkini dilantik sebagai jurulatih olahraga untuk atlet yang bertanding di peringkat Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS).

“Empat atlet kami terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri dalam Kejohanan Olahraga MSSS, minggu lalu.

“Sekolah kami juga meraih kejayaan terbesar dalam bidang sukan sejak dibuka 2003 apabila meraih 11 emas, tiga perak dan sembilan gangsa ketika Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Langat, awal bulan lalu, sehingga dinobatkan sebagai naib juara keseluruha­n kejohanan itu,” katanya.

Menurutnya, tidak mudah memikul semua tanggungja­wab itu, namun dia perlu bijak membahagi masa dan mengakui komitmen diberikan pelajar semasa menjalanka­n latihan mengikut jadual ditetapkan penyumbang terbesar kejayaan mereka.

“Saya suka membuat persediaan awal kerana

mengikut pengalaman lalu, banyak kekangan dan masalah berlaku apabila berlatih di saat akhir menjelang pertanding­an termasuk kecederaan atlet.

“Saya juga bersyukur kerana setiap pelajar memberikan komitmen jitu terutama mengikuti setiap latihan ditetapkan walaupun pada cuti sekolah dan hujung minggu.

“Setiap kejayaan ini sekali gus menepis tanggapan sinonim masyarakat bahawa SBT seperti sekolah kami bukan hanya gah dalam akademik saja malah maju dalam sukan,” katanya.

Menurutnya, setiap pelajar mempunyai potensi untuk maju dalam sukan tetapi perlu dicungkil dan digilap dengan latihan secukupnya.

“Setiap guru perlu peka dengan kelebihan pelajar dan bantulah kembangkan bakat mereka itu.

“Saya harap kejayaan ini tidak setakat di sini, malah akan dijadikan pembakar semangat pelajar untuk terus meningkatk­an prestasi kemajuan sukan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Yazid bersama anak didiknya Muhd Aiman dan Nur Adlina Marini di National Youth Archery Championsh­ips di Australia. MOHD Yazid (kanan) bersama kontinjen Negeri Selangor dalam Perkhemaha­n Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat kebangsaan.
PASUKAN Kawad Kaki Kadet Bomba dan Penyelamat yang dilatih Yazid. MOHD Yazid menerima hadiah kemenangan menduduki naib johan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat. PASUKAN memanah SMK Jalan Empat yang dilatih Mohd Yazid.
MOHD Yazid bersama anak didiknya Muhd Aiman dan Nur Adlina Marini di National Youth Archery Championsh­ips di Australia. MOHD Yazid (kanan) bersama kontinjen Negeri Selangor dalam Perkhemaha­n Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat kebangsaan. PASUKAN Kawad Kaki Kadet Bomba dan Penyelamat yang dilatih Yazid. MOHD Yazid menerima hadiah kemenangan menduduki naib johan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat. PASUKAN memanah SMK Jalan Empat yang dilatih Mohd Yazid.
 ??  ?? MOHD Yazid bersama pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Jalan Empat Bangi di Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m Daerah Hulu Langat 2015. PASUKAN
Kawad Kaki
Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
MOHD Yazid bersama pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Jalan Empat Bangi di Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m Daerah Hulu Langat 2015. PASUKAN Kawad Kaki Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia