Harian Metro

AMUKAN SUAMI CEMBURU

 Lelaki maut bunuh diri selepas tikam isteri serta cederakan anak lelaki

- lapor Amniera Naziera Amran

Disebabkan cemburu, seorang wadar penjara mencetus ‘drama’ hampir tiga jam apabila menikam isteri serta mencederak­an anak lelakinya dengan parang. Tembakan polis ke arah pahanya turut tidak menghentik­an amukannya sebelum dia akhirnya mati di hospital akibat pelbagai kecederaan termasuk tetakan di belakang tengkuk dipercayai dilakukann­ya sendiri,

Cemburu dan perselisih­an faham dipercayai menjadi punca seorang wadar penjara mengamuk sebelum menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang dalam kejadian di kawasan perumahan Penjara Pusat Koreksiona­l Labuan di Taman Bakti, kelmarin.

Bagaimanap­un, lelaki berusia 53 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Labuan selepas mengalami pelbagai kecederaan termasuk kesan tetakan di belakang tengkuk dipercayai dilakukann­ya sendiri.

Insiden selama hampir tiga jam itu bermula pada jam 3 petang di rumah pasangan itu apabila berlaku pertengkar­an antaranya dan isteri berusia 45 tahun selepas dia menuduh isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Seorang wartawan BERNAMA yang berada di lokasi kejadian menyaksika­n suspek beberapa kali meletakkan parang di perutnya dan mengugut mahu membunuh diri.

Rakan sekerja dan penduduk sekitar bimbang untuk menghampir­i suspek kerana khuatir lelaki itu akan membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, selepas bertengkar suspek kemudian masuk ke dalam bilik tidur dan keluar semula membawa sebilah parang lalu menikam isterinya di perut dan menetak beberapa bahagian badan mangsa.

Katanya, suspek kemudian bergelut pula dengan anak sulungnya berusia 23 tahun sehingga pemuda itu cedera di tangan.

“Anak lelaki suspek yang berjaya melarikan diri kemudian memapah ibunya keluar rumah menuju ke kawasan perumahan berdekatan untuk menyelamat­kan diri. Bagaimanap­un, suspek bertindak mengejar kedua beranak itu menggunaka­n kenderaan.

“Isteri suspek yang parah kemudian rebah di kawasan semak di tepi jalan berhampira­n manakala anaknya dapat melarikan diri,” katanya.

Muhamad Farid berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.13 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian lalu mengarahka­n suspek yang berada berhampira­n pintu masuk Pusat Koreksiona­l Labuan menyerah diri.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek yang berdiri di sebelah kenderaan Toyota Avanza miliknya melibas parang ke arah anggota polis dan mengugut mahu menikam dirinya jika cuba dihampiri.

“Pada jam 5.20 petang, suspek masuk ke dalam kenderaann­ya dan memecut melepasi halangan kenderaan polis dan melarikan diri ke kawasan pantai di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL). Polis sudah mengeluark­an arahan agar suspek menyerah diri namun tidak diendahkan.

“Suspek semakin agresif mengugut hendak menyerang polis menyebabka­n satu tembakan amaran dilepaskan ke udara namun dia terus bertindak agresif mengakibat­kan tembakan kali kedua disasarkan di paha kiri,” katanya.

Muhamad Farid berkata, suspek tidak rebah dan tidak menunjukka­n tanda mengalah menyebabka­n polis terpaksa melepaskan tembakan menggunaka­n teaser gun sebelum dia jatuh dan segera dihantar ke hospital.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI kejadian seorang wadar penjara menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang (gambar kecil) dalam kejadian amuk di kawasan perumahan Penjara Pusat Koreksiona­l Labuan di Taman Bakti, Labuan. Gambar kecil, kesan darah ditempat kejadian.
LOKASI kejadian seorang wadar penjara menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang (gambar kecil) dalam kejadian amuk di kawasan perumahan Penjara Pusat Koreksiona­l Labuan di Taman Bakti, Labuan. Gambar kecil, kesan darah ditempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia