Harian Metro

KAYUHAN SOLO KE MAKKAH

 Bapa enam anak tekad kembara solo tunai ibadah haji melalui lapan negara

- Noorazura Abdul Rahman news@nstp.com.my

Selepas dua tahun menjalani latihan, bapa kepada enam anak ini yakin mampu melakukan kayuhan solo ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji bermula semalam.

Suliman Abd Lah, 47, dari Padang Serai, Kulim akan melalui lapan negara dengan kayuhan sejauh 10,000 kilometer bermula dari Changlun dan dijangka tiba pada 16 Julai depan di Makkah.

Berbekalka­n peralatan, sedikit makanan dan senaskhah al-Quran, dia menjadikan masjid sebagai tempat persinggah­annya selain akan mengkhatam kitab suci itu sepanjang kembara.

“Saya menyimpan hasrat ini sejak tujuh tahun lalu, hari ini cita-cita saya tercapai selepas dua tahun menjalani latihan dengan tunjuk ajar profesiona­l.

“Saya namakan kayuhan ini Kembara Menuju Lambaian Kaabah 2018 sebagai motivasi untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui sebelum memulakan kayuhan, semalam.

Suliman berkata, dia mengambil masa sebulan untuk membuat kajian laluan yang bakal ditempuh dan mendapat nasihat daripada orang alim untuk tidak melakukan kayuhan pada hari Jumaat.

Penolong Pengurus Unit Elektrik dan Elektronik Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang itu berkata, setiap Jumaat sepanjang perjalanan itu digunakan untuk beriktikaf di masjid.

“Keluarga dan rakan memberi sokongan moral dalam misi itu. Saya turut mendapat pelbagai tajaan termasuk syarikat saya bekerja iaitu PLUS Malaysia Berhad, Terengganu Cycling

Team (TSG) dan daripada rakan media akhbar Harian Metro,” katanya.

Suliman yang memulakan kayuhan jam 8.50 pagi semalam dari hotel di Changlun turut ditemani ahli keluarga serta kenalan sehingga ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Dia meneruskan kayuhan sejauh 115 km ke Masjid Al-Bushra, Phattalong, Thailand.

Katanya, kayuhan itu menguji ketahanan fizikal dan mental berikutan menghadapi cuaca panas di Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan seterusnya Arab Saudi.

“Walaupun cuaca panas, saya perlu harungi demi niat beribadah dan menunaikan rukun Islam kelima, saya memilih berkayuh ke sana agar dapat melihat keagungan Islam dan ciptaan Ilahi sepanjang perjalanan.

“Insya-Allah saya akan kemas kini Facebook (FB) saya menerusi laman Man Gerek Abdullah dan Kemlak setiap tiga hari bagi berkongsi dengan orang ramai mengenai perjalanan saya. Saya juga mengharapk­an agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan saya berjaya dalam misi ini,” katanya yang berpengala­man hampir 30 tahun dalam sukan berbasikal.

Sekembalin­ya dari tanah suci, Suliman berhasrat memberikan motivasi kepada pelajar sekolah yang terpilih agar pengalaman­nya dapat dikongsi serta memberikan semangat dan pengajaran kepada mereka.

Saya simpan hasrat ini sejak tujuh tahun lalu, hari ini cita-cita

saya tercapai

Suliman

 ??  ??
 ??  ?? SULIMAN (depan) bersama ahli keluarga sebelum melakukan kayuhan solo ke Makkah.
SULIMAN (depan) bersama ahli keluarga sebelum melakukan kayuhan solo ke Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia