Harian Metro

LAWAN GELORA AMBIL JASAD ABANG

- Zatul Iffah Zolkiply zatul_iffahcnews@nstp.com.my

Dua beradik dan ipar mereka tidak menghirauk­an ombak kuat apabila nekad terjun ke laut dan berenang untuk menyelamat­kan abang mereka selepas melihat botnya terbalik di tengah muara Sungai Merchang di sini, semalam.

Azwan Al Hafiz Mohd Nor, 24, bersama abangnya, Azri, 30, dan adik iparnya, Mohd Fizdaus Che Embong, 29, bertindak spontan bagi menyelamat­kan seorang lagi abangnya, Azlim, 42.

Mereka dikatakan tidak peduli dengan keadaan ombak kuat itu kerana tidak sedap hati selepas melihat bot Azlim terbalik.

Dua beradik terbabit bersama ipar mereka sebelum itu bergegas ke kawasan berkenaan selepas dimaklumka­n penduduk kampung mengenai kejadian yang menimpa Azlim pada jam 7.30 pagi.

“Ketika kami tiba di tepi pantai (Merchang), nampak bot abang terbalik dan laut agak bergelora.

“Dalam masa sama, dapat dilihat ada satu objek terapung 15 meter dari pantai.

“Sudah terdetik di hati bahawa objek itu mungkin abang dan kami nekad terjun serta berenang menghampir­inya.

“Luluh hati saya apabila memegang badannya yang dalam keadaan tertiarap sebelum menariknya dan segera berenang ke pantai,” katanya ketika ditemui di rumah keluargany­a di Kampung Gong Balai di sini, semalam.

Menurutnya lagi, Azlim tidak memberi reaksi ketika diberi bantuan pernafasan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Merchang dan disahkan meninggal dunia.

Azwan berkata, abangnya itu memang seorang nelayan dan dia ke laut bersama rakannya yang dikenali sebagai Zamri berusia 20-an.

“Abang keluar rumah sejak 6.30 petang semalam (kelmarin) untuk mencandat sotong dan sepatutnya pagi tadi (semalam) mereka pulang.

“Kali terakhir saya menghubung­i telefon bimbit dan bercakap dengannya kira-kira 11.30 malam (kelmarin), sempat juga meminta dia supaya berhati-hati kerana hujan.

“Arwah beritahu ketika itu hujan baru bermula di laut dan dia hanya dapat menaikkan beberapa ekor sotong,” katanya.

Seorang lagi adik mangsa, Azniza, 32, berkata, dia tidak menyangka tindakan arwah yang enggan membawanya bersama untuk mencandat sotong menjadi petanda lelaki itu akan meninggalk­an mereka sekeluarga.

“Saya ada menghubung­i abang jam 4.30 petang (sebelum arwah ke laut) mahu ikut serta, tetapi arwah berkeras tidak bagi bimbang ombak kuat,” katanya.

 Dua beradik, ipar tak hirau ombak cuba selamat mangsa di tengah muara sungai

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN di muara Sungai Merchang lokasi Azlim (gambar kecil) ditemui lemas apabila bot (gambar kecil) dipukul ombak.
KEADAAN di muara Sungai Merchang lokasi Azlim (gambar kecil) ditemui lemas apabila bot (gambar kecil) dipukul ombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia