Harian Metro

Fitnah dalam pantang

Siti kecewa dakwaan disaman kerana guna maklumat palsu untuk raih jutaan ringgit

- Syafil Syazwan Jefri cnews@nstp.com.my

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, menerusi akaun Instagramn­ya meluahkan rasa kecewa apabila wujudnya berita palsu dalam sebuah blog mendakwa dirinya disaman kerana menggunaka­n maklumat palsu bagi meraih jutaan ringgit.

Menerusi Instagram miliknya iaitu @ctdk, Siti menafikan berita itu.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita itu. Saya juga tidak ada kena mengena dengan berita palsu itu,” tulisnya.

Saya tidak pasti motif sebenar pihak yang menulis berita itu. Namun, tindakan menggunaka­n wajah saya dan nama Nurhaliza mengundang kekeliruan malah ramai tertanya-tanya kesahihan berita itu”

Siti Nurhaliza

Menurut Siti, dia tidak pasti apa tujuan berita itu ditulis dan disebarkan oleh pihak terbabit.

“Saya tidak pasti motif sebenar pihak yang menulis berita itu. Namun, tindakan menggunaka­n wajah saya dan nama Nurhaliza mengundang kekeliruan, malah ramai tertanya-tanya kesahihan berita itu,” katanya.

Kata Siti lagi, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika masih tidak memadamkan nama dan gambarnya.

“Saya berharap agar pihak yang buat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti mana yang tertera dalam petikan di blog terbabit.

“Jika perkara ini berlanjuta­n, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya yang diperuntuk­kan di bawah undang-undang berkaitan,” katanya.

Meskipun masih dalam pantang, Siti terpaksa memberi penjelasan untuk mengelakka­n salah faham dan kekeliruan masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia