Harian Metro

Ustaz Amin patah tulang punggung

-

Kuala Lumpur: Penceramah bebas Ustaz Amin yang terkenal dalam misi kemanusiaa­n Masjid Al-Aqsa dan isu Palestin, patah tulang punggung dalam kemalangan jalan di Jalan Bukit Rotan-Kuala Selangor, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, pemilik nama sebenar Muhamad Abdullah Al Amin, 42, yang juga Pengasas dan Pengerusi Yayasan Al Amin itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang Jaya sebelum dirempuh bas persiaran dari arah bertentang­an.

Amin berkata, dia yang memandu Range Rover ketika itu turut membawa isteri, dua anak dan pembantu.

“Ketika itu, kami dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program keluarga.

“Bagaimanap­un, tiba-tiba bas persiaran dari arah bertentang­an hilang kawalan dan merempuh kenderaan kami dan dua lagi kereta lain di belakang.

“Kenderaan saya berpusing dua tiga kali. Bomba mengeluark­an saya sebab saya tidak boleh bergerak di tempat duduk pemandu sebelum doktor di hospital mengesahka­n tulang punggung patah,” katanya ketika ditemui di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di sini, semalam.

Dia kini yang berada dalam keadaan stabil dan dirawat di SJMC berkata, sepatutnya jam 2 pagi hari ini dia membawa rombongan Malaysia ke Masjid Al-Aqsa.

Katanya, isterinya yang berusia 35 tahun dan berada di tempat duduk penumpang hadapan turut cedera terkena kaca, manakala dua anaknya berusia empat bulan dan dua tahun serta pembantu cedera ringan.

“Mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan dirawat sebagai pesakit luar. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Hanya Allah mampu membalasny­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an Ustaz Amin selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.
ANGGOTA bomba mengeluark­an Ustaz Amin selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia