Harian Metro

Lidah terbelah

Budak lelaki cacat kekal, hadapi masalah bertutur akibat tersembam uji basikal lajak

- Azahar Hashim news@nstp.com.my

“Amat menyedihka­n apabila doktor mengesahka­n Danial Hakimi akan mengalami kecacatan kekal selain menghadapi masalah pertuturan,” luah bapa kepada Danial Hakimi Norsyahly Fidzuan, 13, yang parah selepas tersembam ke permukaan jalan ketika menguji basikal lajak di Taman Mahsuri, di sini.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Danial Hakimi menguji basikal lajak milik rakannya di kawasan taman berhampira­n Stadium Mini Taman Mahsuri selepas selesai membaikiny­a.

Norsyahly Fidzuan Ramli, 42, berkata, ketika mengujinya secara tiba-tiba bahagian penyerap hentak (fork) hadapan basikal itu tercabut menyebabka­n anaknya tersembam di permukaan jalan.

“Akibat kemalangan itu, Danial Hakimi hilang empat gigi, terkoyak gusi selain luka di dahi, pipi dan lidahnya terbelah serta memerlukan lebih 20 jahitan di muka,” katanya.

Norsyahly Fidzuan berkata, ketika kejadian dia berada di Lunas manakala isterinya, Salbiah Abdul Rahim, 44, bekerja di Prai, Pulau Pinang.

“Saya ingatkan dia hanya cedera ringan sebab jiran memaklumka­n dia jatuh basikal tapi tidak sangka kecederaan­nya serius,” katanya.

Menurutnya, Danial Hakimi sering diminta rakannya untuk membaiki basikal lajak mereka walaupun dia tidak aktif menunggang­nya.

“Danial Hakimi memang ada basikal lajak, tetapi saya sering mengingatk­an supaya tidak menunggang­nya kerana basikal itu tidak mempunyai ciri keselamata­n dan cara menunggang­nya juga berbahaya.

“Basikal yang dia miliki itu sekadar hiasan saja. Jika dia dan dua adiknya ingin keluar bermain saya sendiri membawa mereka dengan motosikal, bukan menunggang basikal,” katanya.

Norsyahly Fidzuan berkata, akibat kejadian itu Danial Hakimi dimasukkan ke wad di Hospital Kulim selama dua hari.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabka­n adik perempuann­ya, Noorfadzil­ah, 35, memuat naik gambar kecederaan dialami Danial Hakimi di akaun Facebook miliknya untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta kanak-kanak mengenai bahaya penggunaan basikal lajak hingga tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

 ?? FOTO: AZHAR HASHIM ?? NORSYAHLY Fidzuan bersama anaknya yang parah di muka.
FOTO: AZHAR HASHIM NORSYAHLY Fidzuan bersama anaknya yang parah di muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia