Harian Metro

Rembat kereta depan rumah

-

Berlagak seperti orang berada dengan menaiki kenderaan mewah sebelum melarikan kereta diletakkan di depan rumah mangsa.

Itu helah penjenayah yang melarikan kereta Perodua Myvi milik seorang wanita di Taman Rasmi Jaya di sini, Sabtu lalu.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Pung, 24, berkata, dia meletakkan kereta itu di depan rumah dalam keadaan berkunci, Jumaat lalu jam 6.30 petang.

Katanya, ketika pulang ke rumah jam 10 malam, Sabtu lalu, dia mendapati kenderaan itu tiada di kawasan berkenaan.

“Saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati kereta itu dilarikan seorang lelaki.

“Berdasarka­n rakaman itu, ada sebuah kereta Nissan Fairlady Z melalui kawasan berkenaan jam 6.45 petang, Sabtu lalu.

“Beberapa minit kemudian, seorang lelaki keluar dari kenderaan itu sambil menghisap rokok sebelum dilihat menghampir­i kereta saya dan memandunya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pung berkata, berdasarka­n rakaman CCTV itu lelaki terbabit didapati hanya mengambil masa kurang satu minit untuk membuka pintu keretanya.

“Saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta ke balai polis berhampira­n,” katanya.

Wanita itu turut memuat naik rakaman CCTV, gambar dan kereta dinaiki lelaki di Facebook sebelum status itu tular sejak kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi, semalam, mengesahka­n menerima laporan kejadian.

FAKTA Suspek ambil masa kurang satu minit untuk membuka pintu kereta sebelum melarikann­ya

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n perbuatan lelaki yang melarikan kereta Pung.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n perbuatan lelaki yang melarikan kereta Pung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia