Harian Metro

Turun padanglah...

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 NGO minta KKM buat tangkapan sekat rokok seludup

Penjualan dan menghisap rokok seludup bagaikan sudah terlalu biasa dan tidak hairanlah enam daripada 10 perokok tegar di negara ini menghembus asap rokok seludup setiap hari kerana murah dan mudah dibeli.

Malah statistik Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukka­n 52 peratus perokok di negara ini adalah mereka yang menghisap rokok murah ini.

Tiada rasa segan, malu dan bersalah walaupun tahu perbuatan mereka menjual, membeli serta menghisap rokok seludup adalah satu kesalahan berat mengikut undang-undang sedia ada terutama di bawah bidang kuasa KKM iaitu menjual rokok di bawah harga kawalan RM10 serta kandungan tar dan nikotin yang tidak terkawal.

Hukuman denda hingga RM10,000 boleh dikenakan terhadap mereka yang menghisap atau memiliki rokok seludup ini namun ia bagaikan tiada kesan apabila jumlah perokok tegar terus meningkat. Mereka ini sudah jemu mendengar isu rokok seludup dan menganggap tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok yang memaksa mereka memilih rokok seludup.

Bagi mengatasi masalah yang tiada kesudahan ini, Skuad Khas Harian Metro mendapatka­n pandangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tentang kaedah dan cadangan terbaik menangani masalah perokok tegar ini.

Kebanyakan mereka bersetuju KKM adalah agensi terbaik dalam menangani penjualan rokok seludup dalam negara bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Rata-rata NGO mahu KKM mengambil langkah menangani isu rokok seludup.

Ini kerana peratusan perokok rokok seludup jauh mengatasi rokok sah. Apa yang jelas, NGO mahukan KKM tegas melaksanak­an tanggungja­wab di bawah undang-undang sedia ada.

Mereka juga meminta orang ramai agar tidak merokok kerana lumrah perokok tegar susah membuang tabiat dengan mudah. Kebanjiran rokok seludup sebenarnya tidak membantu kempen berhenti merokok atau agenda kesihatan negara berikutan harganya terlalu menarik.

Sebaliknya ia menjadikan keadaan lebih parah dan di satu sudut lain pula ia pembaziran wang melalui kempen yang gagal. Banyak kerja yang perlu dilakukan KKM dalam memastikan matlamat atau kempen dijalankan mereka berjaya dicapai dan bukan semata-mata terletak pada slogan.

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ravindran R Naidu berkata, jika menaikkan cukai, penyeludup­an juga akan terus meningkat. Ini yang berlaku terhadap penyeludup­an rokok Malaysia.

“Ini tidak bermakna menaikkan cukai itu salah tetapi pada masa sama penguatkua­saan mesti dijalankan dengan tegas.

Pengerusi Biro Media Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria berpendapa­t, nama penguat kuasa KKM atau Jabatan Kesihatan tidak gah seperti polis dan agensi penguat kuasa lain menyebabka­n penjual serta perokok rokok seludup tidak takut.

Katanya, mungkin juga KKM kekurangan anggota penguat kuasa menyebabka­n jarang operasi dilakukan. Apa yang dilihat kini, KKM hanya membazirka­n wang untuk melakukan kempen Jangan Merokok kerana kebanjiran rokok seludup yang murah dan mudah dibeli menyebabka­n agak sukar orang berhenti merokok.

Ketua Unit Kawalan Rokok dan Vape, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Ahmad Farid Nazmi Abdul Halim berkata, masalah rokok seludup yang berlaku menunjukka­n penguatkua­saan yang lemah.

menunjukka­n penggunaan rokok dalam kalangan remaja (10-18 tahun) di negara ini adalah seramai 524,232 orang dengan kadar prevalen 14.2 peratus di mana 94.3 peratus daripada mereka menghisap kurang daripada 10 batang rokok sehari.

“Data ini menunjukka­n majoriti remaja membeli rokok dengan harga kurang RM9 sekotak,” katanya dalam satu kenyataan. Ini secara tidak langsung menunjukka­n ramai remaja memilih rokok seludup.

Dalam menangani masalah rokok seludup ini, KKM perlu memainkan peranan utama dan ke depan dalam menjalanka­n operasi dengan lebih kerap di kedai runcit.

Ketiadaan kakitangan bukan alasan kerana mereka boleh melakukan operasi secara bersepadu bersama-sama agensi lain melalui Strategi Lautan Biro (NBOS).

Semua undang-undang yang ada dalam pengawalan rokok sah tidak dirasai rokok seludup yang kebal undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia