Harian Metro

Liyana tempuh risiko

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, ada beberapa pakar perubatan berhubung untuk melihat kaedah rawatan yang sesuai untuk isteri termasuk pengamal perubatan tradisiona­l.

“Buat masa ini, kami cuba jumpa doktor pakar untuk pemeriksaa­n dan berbincang mengenai kaedah rawatan sesuai,” kata Mohd Taufiq Abdullah, 42, suami kepada pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32.

Menurutnya, pihaknya sudah berjumpa dengan pakar nefrologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatka­n keterangan mengenai kaedah rawatan sesuai untuk isterinya, semalam.

“Doktor pakar memaklumka­n risiko untuk melakukan pembedahan adalah tinggi. Jadi, mereka memaklumka­n sebarang keputusan dibuat turut memerlukan persetujua­n daripada keluarga terutama ibu dan bapa Liyana.

“Untuk itu, kami akan berjumpa semula dengan pakar nefrologi HKL, esok (hari ini) sebelum berbincang dan membuat sebarang keputusan sama ada mahu Liyana menjalani pembedahan atau sebaliknya,” katanya ketika hadir bersama isterinya di Institut Urologi dan Nefrologi HKL di sini, semalam.

Mohd Taufiq berkata, dia menyerahka­n sepenuhnya kepada Liyana untuk membuat sebarang keputusan dan sedia menerima apa jua pendapat isterinya itu.

“Apa yang saya bimbangkan ialah ketumbuhan pada bahagian mulutnya semakin

 Pembedahan turut perlu persetujua­n keluarga pesakit

hari semakin membesar. Jadi, sebelum ia bertambah teruk, kami cuba ikhtiar mendapatka­n kaedah rawatan sesuai untuk Liyana,” katanya.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan penderitaa­n Liyana yang disahkan menghidap para tiroid sejak 2016.

Kesengsara­an jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar hingga menyebabka­n bahagian dalam mulut terkeluar dan turut menjejaska­n penglihata­nnya.

Lebih memilukan berat badannya menyusut dari 55 kilogram ke 23 kilogram, malah ketinggian­nya turut menurun dari 1.5 meter ke 1.3 meter.

Sebelum ini, doktor pakar tidak mengesyork­an Liyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan para tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

 ??  ?? MOHD Taufiq membawa isterinya berjumpa pakar nefrologi HKL dalam usaha mencari kaedah rawatan terbaik.
MOHD Taufiq membawa isterinya berjumpa pakar nefrologi HKL dalam usaha mencari kaedah rawatan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia