Harian Metro

Econsave ukir senyuman Magesvary

-

Nasib sebuah keluarga yang memiliki enam cahaya mata orang kurang upaya (OKU) termasuk lima daripadany­a bermasalah autisme mendapat perhatian warga korporat.

Terbaharu Pasar raya Econsave Cash and Carry menerusi Pengurus Operasi Pasar raya Econsave Wilayah Selatan Mas Imran Adam tampil menyampaik­an sumbangan barangan dapur dan keperluan bernilai RM1,000 kepada keluarga berkenaan.

Mas Imran berkata, antara barangan yang disumbangk­an termasuk makanan basah dan kering, susu tepung, minyak, beras, bantal, mesin pengisar makanan dan kipas.

Menurutnya, sumbangan berkenaan bertujuan meringanka­n beban keluarga itu yang menyara enam anak OKU termasuk seorang daripadany­a mengalami kecacatan anggota badan.

“Kami mengenal pasti keluarga berkenaan menerusi kisah yang tular di media sosial selepas paparan di halaman Harian Metro Online di Facebook baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, M Magesvary, 42, berkata, dia dan suaminya, S Jagakumar bersyukur dengan sumbangan yang diterima.

Menurutnya, kunjungan wakil Pasar raya Econsave serta kumpulan sukarelawa­n secara tidak langsung meningkatk­an semangatny­a dan suami bagi terus memberi penjagaan terbaik kepada anak syurganya itu.

“Ini adalah rezeki anak saya dan pada hari ini mereka kelihatan lebih ceria dan gembira. Saya berterima kasih kepada Pasar raya Econsave,” katanya.

 ??  ?? MAS Imran (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan dapur dan keperluan kepada keluarga Magesvary sambil disaksikan sukarelawa­n D Murugan (kanan).
MAS Imran (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan dapur dan keperluan kepada keluarga Magesvary sambil disaksikan sukarelawa­n D Murugan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia