Harian Metro

Penipu lancar tabung di media sosial

-

Kuantan: Kisah kanak-kanak ini pernah dilaporkan media dan tular disebabkan deritanya menghidap penyakit kepala besar atau Hidrosefal­us.

Namun ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan menggunaka­n kisah malang Muhammad Adam Rayyan Rizqi Muhamad Aiman Hakim, 3, untuk mengaut keuntungan mudah berbanding membantuny­a.

Ada yang mewujudkan tabung kononnya untuk membantu kanak-kanak itu, mengutip derma di masjid dan membuat jualan amal tetapi wang dana tidak langsung diterima Muhammad Adam Rayyan Rizqi.

Ibunya, Nor Azira Abdullah, 21, berkata, dia terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menangguk di air keruh sedangkan, mereka bergelut untuk memastikan keperluan anak istimewa itu terbela.

“Dengan gaji suami yang berpendapa­tan RM1,200 sebulan termasuk kerja lebih masa, tidak cukup menanggung kos belanja Adam.

“Memang tidak padan kerana perbelanja­an Adam saja lebih RM2,000 sebulan, termasuk ubat khas yang harganya mencecah RM1,300, susu khas dan lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Kampung Mat Pahat, Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Katanya, suaminya yang berusia 24 tahun hanya bekerja sebagai Penolong Penyelia di sebuah kedai menjual peralatan rumah, manakala dia pula tidak bekerja selepas berhenti belajar di sebuah universiti awam di Perak, tahun lalu.

Ibu muda itu berkata, dia sangat bersyukur apabila kerajaan negeri membantu menanggung kos rawatan susulan anaknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas kisahnya tular.

Orang ramai yang mahu membantu kanak-kanak itu boleh menghulur sumbangan menerusi akaun CIMB Bank 7623494588 (Nor Azira Abdullah) atau menghubung­i talian 0113757347­7.

 ??  ?? NOR Azira kecewa individu tergamak kutip derma guna nama anaknya.
NOR Azira kecewa individu tergamak kutip derma guna nama anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia