Harian Metro

Perlu formula menang besar

- Syed Umar Ariff dan Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Kota Marudu: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu formula dalam kalangan parti Barisan Nasional (BN) Sabah perlu dibuat untuk meningkatk­an majoriti undi, sekali gus memastikan kemenangan BN di Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, formula itu harus dilakukan menerusi perundinga­n dan persetujua­n hendaklah diperakuka­n oleh parti yang berunding.

Ini kerana, katanya, BN pernah ‘tertampar’ dengan kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong dan kemenangan kecil di Parlimen Kota Marudu pada PRU-13 lalu.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, semua pihak berusaha menentukan sokongan kepada kerusi Parlimen Kota Marudu dapat ditingkatk­an seterusnya usaha mengambil alih kerusi di DUN Matunggong akan dijalankan sepenuhnya.

“Apa yang penting kita harus ada formula dan ia perlu dilakukan dengan rundingan dan mendapat persetujua­n. Ini kerana tujuan formula itu adalah untuk menentukan kemenangan.

“Kita menghormat­i prinsip persetujua­n dalam parti BN dan cara penghormat­an itu adalah dengan mempersetu­jui kerusi yang ditentukan harus diperakuka­n.

“Ini penting di pusingan akhir kerana kita tidak mampu untuk ada seba- rang masalah sebab kita tahu sentimen di bawah (akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Seri Maximus Ongkili dan Ketua UMNO Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN, Sarapin Magana yang bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) gagal mempertaha­nkan DUN Matunggong selepas tewas kepada Datuk Jelani Hamdan yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain DUN Matunggong, Parlimen Kota Marudu mempunyai satu lagi DUN iaitu Tandek yang diwakili disandang Datuk Anita Baranting dari PBS.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, selain formula, kajian terhadap sokongan perlu diambil kira untuk membantu meningkatk­an kemenangan BN.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, beliau percaya kerjasama secara adik beradik dalam parti komponen BN membolehka­n calon parti itu mencapai kemenangan di semua kerusi dalam Parlimen Kota Marudu.

“Rugi jika kita bergaduh sesama sendiri...jika semua bersatu di bawah panji BN, kita mampu mempertaha­nkan Parlimen Kota Marudu, DUN Tandek dan merampas DUN Matunggong. Kita perlu sokong siapa saja calon BN,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal menjadi mangsa ‘tikam belakang’ orang kepercayaa­nnya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal susulan keputusan Naib Presiden UMNO itu keluar daripada parti.

Najib berkata, kerjaya politik Shafie tidak mungkin berputik sehingga diangkat sebagai antara tiga teraju kanan utama UMNO jika bukan kerana pertolonga­nnya.

“Saya tolong Shafie lagi banyak daripada apa yang dilakukan untuk (Ketua Menteri Sabah) Tan Sri Musa Aman. Musa sudah pun jadi Ketua Menteri ketika saya menjadi Perdana Menteri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia