Harian Metro

‘Saya sangat kecewa’

-

 PM kesal sikap Shafie Apdal disifat menikam dari belakang

“Saya ‘angkat’ Shafie untuk menjadi Naib Presiden UMNO dari Sabah iaitu keputusan lantikan seumpamany­a dan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia adalah peluang luar biasa yang dianugerah­kan kepadanya.

“Jika bukan saya yang kempen untuknya, beliau tidak mungkin berjaya,” kata Najib ketika menyampaik­an ucaptama dihadiri lebih 14,000 penduduk Semporna dan penyokong Barisan Nasional (BN) sempena majlis pelancaran Hab Pelanconga­n Semporna di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Musa dan isterinya Puan Sri Faridah Tussin selain pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Perdana Menteri berkata, percaturan untuk melantik Shafie dalam menggalas peranan sebagai Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah bertujuan untuk memacu kemajuan Sabah.

Bagaimanap­un, Najib berkata, Ahli Parlimen Semporna itu memilih untuk tidak melaksanak­an peranan yang diberi dan enggan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak.

“Saya sudah nasihatkan Shafie berulang kali untuk bekerjasam­a dengan Musa, namun beliau degil dan tidak mengendahk­annya,” katanya.

Menyifatka­n Shafie pernah dianggap sebagai kawan baik, Najib berkata, Presiden Parti Warisan Sabah itu bagaimanap­un memilih untuk ‘tikam belakang’ selepas mengambil keputusan meninggalk­an UMNO dan ia ibarat ‘belati menusuk ke hati.’

“Saya sangat kecewa dengannya apabila beliau tikam belakang. Sakit daripada angkaranya teramat dalam sehingga menggigit tulang rusuk.

“Masih boleh diterima andai tidak suka saya. Saya bukan suruh taat pada saya sebagai seorang individu, tetapi terhadap kepemimpin­an parti dan kerajaan.

“Sudahlah bercakap pasal Shafie. Ia lebih menyakitka­n apabila berbicara mengenainy­a,” katanya sambil menambah konsep walak atau kesetiaan dalam Islam terhadap pemimpin, bukan individu sewajarnya dijadikan pegangan dan sandaran.

 ??  ?? NAJIB melihat model Hab Pelanconga­n Semporna, semalam sambil ditemani Musa (kiri) pada majlis pelancaran di Dataran Regatta Lepa.
NAJIB melihat model Hab Pelanconga­n Semporna, semalam sambil ditemani Musa (kiri) pada majlis pelancaran di Dataran Regatta Lepa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia