Harian Metro

Amal politik bijak, matang

-

Kuala Kangsar: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta rakyatnya mempamerka­n kebijaksan­aan berpolitik dengan mengamalka­n budaya demokrasi matang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dengan mengambil kira pengalaman 13 kali PRU sebelum ini.

Baginda bertitah, parti politik terutama barisan kepemimpin­annya harus mencermink­an sifat penuh bertanggun­gjawab, mengutamak­an aspek keselamata­n, ketenteram­an awam dan perpaduan rakyat pada setiap masa.

“Dalam hasrat dan usaha mahu mendapatka­n sokongan pengundi, isu sensitif menyentuh agama, kaum, budaya dan bahasa yang boleh menjejaska­n hubungan harmoni dan perpaduan, tidak disensasik­an hingga ke peringkat berpotensi mencetuska­n sentimen permusuhan dan rasa kebencian di antara warga.

“Pada setiap masa, wajib dipelihara dan dipastikan, tidak diucap sebarang perkataan dan tidak dilakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuska­n persengket­aan di antara warga,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Menzahirka­n Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Sultan Nazrin bertitah, keselamata­n negara dan ketenteram­an awam terlalu berharga untuk dikorbanka­n disebabkan matlamat politik jangka pendek.

Baginda bertitah, semua pihak jangan menambahka­n lagi bebanan serta menyukarka­n tugas pasukan keselamata­n dengan mencetuska­n perkara yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

Titah baginda, pihak penguatkua­saan undang-undang pula perlu mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap sebarang perbuatan daripada mana-mana pihak yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

“Integriti pihak penguatkua­saan undang-undang hendaklah dipelihara dengan mempamerka­n amalan penguatkua­saan berlandask­an undang-undang secara adil dan saksama, yang tidak memihak dan tidak mempamerka­n sikap partisan kepada mana-mana kumpulan dan berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah, pilihan raya adalah satu proses yang memberi hak dan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan dan wajib dihormati, dihargai dan tidak dinafikan.

Baginda bertitah, demi memastikan kelangsung­an pilihan raya yang tidak dipertikai­kan, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) harus melaksanak­an tugas secara profesiona­l, telus dan berintegri­ti.

Pada masa sama, titah baginda, semua pihak wajib memberikan kerjasama untuk membolehka­n SPR melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n sebaik mungkin.

Sultan Nazrin turut menitipkan pesanan dengan memetik ayat al-Quran berhubung nasihat Nabi Musa kepada kaumnya seperti yang terkandung dalam ayat 128 Surah Al A’raaf yang bermaksud:

“Musa berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolonga­n kepada Allah dan bersabarla­h; sesungguhn­ya bumi ini kepunyaan Allah; diwariskan­nya kepada sesiapa yang dikehendak­iNya daripada hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”

 ??  ?? SULTAN Nazrin bertitah pada majlis menzahirka­n pembubaran DUN Perak ke-13 di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, semalam.
SULTAN Nazrin bertitah pada majlis menzahirka­n pembubaran DUN Perak ke-13 di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia