Harian Metro

Beri kelulusan wujud FTZ

-

ini.

“Ini yang kami (sudah) kemukakan cadangan ke arah mewujudkan satu lagi apa yang diistilahk­an sebagai ‘game changer’ (pencetus perubahan) untuk negeri Perak pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menzahirka­n Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 di sini, semalam.

Dr Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pengumuman yang boleh diumpamaka­n sebagai impian menjadi kenyataan, sangat bernilai untuk pembanguna­n masa depan negeri Perak.

Menurutnya, ia akan membabitka­n pembinaan landasan yang lebih panjang, sekali gus membolehka­n pesawat besar mendarat di Perak.

“Ini adalah komitmen kerajaan BN untuk manifesto pusat kali ini dan saya ingin yakinkan rakyat Perak manifesto ini bukan janji kosong.

“Perdana Menteri sendiri menegaskan ketika membentang­kan manifesto itu, yang mana pencapaian manifesto PRU ke-13 (sudah) mencapai lebih 99 peratus.

“Tak usahlah mendengar bahasa sinis yang dilontarka­n, ini semuanya janji kosong dan Insya-Allah kerajaan BN bila mengatakan akan melaksanak­an sesuatu (berjanji), ia akan dilaksanak­an,” katanya.

Dalam pada itu katanya, BN Perak juga dijangka melancarka­n manifesto dalam masa terdekat dan ketika ini sedang dalam peringkat memperinci­kan beberapa perkara.

Beliau berkata, manifesto BN Perak tidak akan tersimpang dengan apa yang digagaskan di peringkat kebangsaan dan ia adalah selari yang mencakupi pelbagai hal berkaitan pertumbuha­n ekonomi dan anjakan masa depan rakyat negeri Perak.

Mengenai senarai calon BN yang akan bertanding di Perak, Dr Zambry berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib selaku Pengerusi BN, hari ini untuk memuktamad­kan senarai nama calon berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia