Harian Metro

Permudah kahwin

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Manifesto khas ikut keperluan orang muda dilancar malam ini

Manifesto Barisan Nasional (BN) khas untuk generasi muda yang akan dibentangk­an malam ini mencakupi segenap ruang lingkup keperluan dan kehendak golongan itu tanpa wujud diskrimina­si antara kawasan bandar dan luar bandar.

Ia dirangka dalam usaha memastikan kehidupan golongan itu ditambah baik supaya lebih produktif tanpa tekanan.

Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, janji yang terkandung dalam manifesto itu akan memberi tumpuan sama rata merangkumi segenap lapisan anak muda sama ada yang bujang, berkahwin, wanita muda bekerjaya, graduan atau sudah bekerja, orang kurang upaya (OKU), usahawan muda dan lain-lain.

Beliau berkata, apa yang dilakukan kerajaan BN dalam tempoh lima tahun lalu tidak akan terhenti begitu saja, sebaliknya BN merancang satu pelan besar untuk manfaat golongan muda untuk lima tahun akan datang.

Khairy Jamaluddin yang muncul dalam video berdurasi 3.31 minit berkata, manifesto kali ini mengandung­i janji untuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama, tawaran peluang pekerjaan, kenaikan gaji, insentif latihan, bantuan usahawan, kesihatan, kemudahan jalur lebar, pengangkut­an dan sebagainya.

“Jaminan saya, nak kerja...kami akan dapatkan tawaran kerja ataupun peluang latihan untuk anda dalam tempoh enam bulan saja. Yang nak duit lebih, kita bagi naik gaji atau bagi insentif untuk tambah skill (kemahiran).

“Kita juga akan pastikan aturan (masa) kerja fleksibel untuk wanita.

(pemerkasaa­n wanita selama-lamanya). Lepas itu, semua segmen kita akan tolong...pekerja swasta dan pekerja kerajaan.

“Belia luar bandar pula kita tidak akan lupa. Saya akan pastikan kita wujud banyak peluang ekonomi untuk belia di luar bandar. Jaminan saya, semua kami tolong,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, terdapat juga jaminan untuk usahawan muda apabila BN berjanji akan teruskan bantuan sedia ada tetapi jurang birokrasi mendapatka­n pinjaman akan dihapuskan.

Melalui portal

(YEN), beliau berkata, usahawan boleh menggunaka­n platform dalam talian itu untuk memohon pinjaman, geran dan latihan dengan mudah.

“Usahawan muda akan kita bela dan semua akan dapat akses semua agensi yang kita ada untuk bantu usahawan muda,” katanya.

Bagi yang dalam perancanga­n berkahwin, Khairy Jamaluddin berkata, manifesto BN kali ini turut memberi tumpuan bagi orang muda yang mahu membina mahligai cinta sehingga menimang cahaya mata.

“Nak kahwin, kita akan bantu mudahkan.

“Masa kahwin, kita dah tolong dan dapat anak...kita terus bantu antaranya kita tambah (dana) ADAM50 (Amanah Dana Anak Malaysia 2050) untuk keluarga yang lebih produktif dan elak stres (tekanan),” katanya.

Pemilikan rumah untuk orang muda turut ditekankan apabila Khairy Jamaluddin berkata, jumlah rumah mampu milik dan rumah transit akan ditambah bagi memudahkan golongan itu memiliki rumah pertama mereka.

Selain itu, keperluan harian seperti pengangkut­an, kemudahan Internet yang lebih murah akan disediakan termasuk juga perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan yang lebih awal

kepada generasi muda.

Dalam manifesto untuk orang muda, beliau berjanji BN akan pastikan ada peluang untuk semua OKU.

“Kami akan pastikan tiada siapa ketinggala­n. Yang paling penting generasi muda yang akan membawa Malaysia ke TN50 (Transforma­si 2050). Ini masa kita...apa yang nak tunggu lagi demi semalam, hari ini dan esok.

“Kerajaan sediakan peluang, (maka) kita sambut dan julang. Ini jaminan orang muda. Bersama kita hebatkan orang muda!,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia