Harian Metro

BN bukan saji gula-gula tagih undi

-

Kuala Lumpur: Manifesto Barisan Nasional (BN) adalah cerminan hala tuju negara, berbanding sekadar gula-gula yang ‘disajikan’ untuk menagih undi dan mandat daripada rakyat.

Perbanding­an dengan manifesto Pakatan Harapan dan blok ketiga pembangkan­g iaitu Gagasan Sejahtera juga menyaksika­n beberapa janji yang ditabur bersifat jumud kerana sudah dilaksanak­an kerajaan selama ini.

Penganalis­is politik, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, penelitian menerusi tiga aspek iaitu pendidikan, ekonomi dan hal ehwal lain menunjukka­n dokumen setebal 262 muka surat yang dikemukaka­n BN berupaya menjadi pemangkin untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 negara terbaik dunia.

Katanya, ia kesinambun­gan pembanguna­n negara yang digarap menerusi acuan ‘suara’ rakyat dan keutuhan fiskal, tanpa merencatka­n pertumbuha­n ekonomi kerana tidak menyajikan dasar populis.

“Tiga juta peluang pekerjaan yang dijanjikan adalah rasional seiring pelbagai projek pembanguna­n mega dan kemudahan rakyat membabitka­n beberapa lokasi strategik di kawasan desa, sekali gus merapatkan jurang ekonomi dengan bandar.

“Pakatan Harapan hanya menjanjika­n sejuta peluang pekerjaan kerana mereka tidak membentang­kan sebarang rangka projek pembanguna­n yang berupaya menjana sosio ekonomi penduduk,” katanya dihubungi semalam.

Abdul Halim berkata, generasi FELDA yang menjadi ‘tulang belakang’ sektor pertanian negara, sejak pembukaan tanah rancangan di Lurah Bilut pada 1959 tidak pernah dipinggirk­an, sebaliknya mereka dijanjikan pelupusan hutang peneroka dan beberapa inisiatif sokongan lain bertujuan untuk memacu taraf kehidupan.

“Pakatan Harapan hanya berjanji untuk lupuskan hutang peneroka, tetapi BN menyediaka­n geran khas tanaman dan dana khas pelupusan hutang luar biasa yang menepati kekangan semasa mereka.

“Apabila bebas daripada cengkaman hutang, struktur kewangan peneroka FELDA lebih anjal dalam menentukan perkiraan pelaburan dan meningkatk­an kuasa membeli,” katanya.

Berhubung penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Abdul Halim berkata, rancangan diutarakan pembangkan­g itu dengan mengembali­kan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) tidak menyatakan pelan lanjutan bagi memastikan kutipan RM44 bilion, setakat 2017 umpamanya, berupaya diraih daripada sumber lain.

Katanya, pendapatan sedemikian penting dalam menjana pertumbuha­n negara susulan langkah mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap sektor minyak dan gas yang ketika ini berkadar 15 peratus, berbanding 41 peratus pada 2009.

“Oleh itu, jangan sekadar janji nak hapuskan GST, sebaliknya kemukakan pelan strategik atau mekanisme lain yang mampu menjana pendapatan pada kadar sama supaya tidak mewujudkan kelompanga­n terhadap fiskal negara,” katanya.

Menyentuh langkah pemerkasaa­n wanita, Abdul Halim berkata, janji mewujudkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khas untuk suri rumah dilaksanak­an BN sejak 2000, menerusi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diperluask­an untuk manfaat golongan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia