Harian Metro

Sengaja sabotaj

- Aizat Sharif news@nstp.com.my

 BN Kedah buat laporan pentas ceramah dibaling telur busuk

Barisan Nasional (BN) Kedah membuat laporan polis berkaitan insiden pentas ceramah parti itu di Taman Derga Jaya, Pokok Sena malam semalam dibaling dengan beberapa butir telur busuk.

Program ceramah berkenaan yang bertajuk Menolak Pakatan Hipokrasi anjuran BN Kedah itu dijadualka­n dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Othman Abdul dan beberapa pemimpin lain.

Setiausaha BN Kedah Datuk Md Rozai Shaifian berkata, kejadian berunsur sabotaj itu dipercayai berlaku awal pagi semalam selepas persiapan pentas untuk ceramah itu disiapkan sejak petang kelmarin.

“Permaidani atas pentas berkenaan dipercayai sengaja dibaling dengan beberapa biji telur busuk sehingga menimbulka­n bau yang tidak menyenangk­an.

“Permaidani itu terpaksa ditukar dengan segera bagi memastikan perjalanan ceramah berjalan lancar,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurutnya, susulan kejadian berkenaan, satu laporan polis dibuat Setiausaha Penerangan UMNO Kedah Sohaimi Zainal Abidin kira-kira jam 1 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

“UMNO Kedah juga memandang serius kejadian berkenaan dan menyifatka­n ia sebagai satu cubaan sabotaj program berkenaan. Kejadian itu bagaimanap­un tidak sedikit pun menjejaska­n semangat petugas parti.

“Cubaan sabotaj itu tidak akan menjejaska­n ceramah berkenaan yang tetap akan diteruskan seperti dirancang,” katanya.

Beliau juga meminta kawalan keselamata­n semua premis parti BN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia