Harian Metro

Cuba jejas kredibilit­i kerajaan

-

Samarahan: Bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dilihat cuba menjejaska­n kredibilit­i kerajaan apabila mendakwa 40,000 hektar tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipindah milik kepada syarikat persendiri­an tanpa melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, dakwaan bertajuk Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu yang kini tersebar di laman sosial memaparkan pelbagai maklumat mengeliruk­an dan lebih kepada satu pembohonga­n.

“Dakwaan itu mengandung­i banyak fakta tidak tepat dan mengeliruk­an. Ia satu perbuatan tidak bertanggun­gjawab, lebih-lebih lagi beliau (Rafidah) sebahagian daripada anggota Kabinet (Jemaah Menteri) ketika itu apabila perkara berkenaan dibincangk­an dan diputuskan.

“Ada tiga perkara dalam dakwaan itu memaparkan fakta bercanggah dan tidak berasas, malah lebih kepada tuduhan palsu serta pembohonga­n. Ini perbuatan tidak bertanggun­gjawab...kita pun tidak pasti apa niat beliau,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen dan Istiadat Pemakaian Pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr SimKhui Hian, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Hishammudd­in ketika mengulas lanjut turut menafikan kenyataan bekas menteri kanan itu yang mendakwa syarikat persendiri­an terbabit yang dimiliki tiga individu mengendali­kan aset Kementeria­n Pertahanan termasuk tanah dan kem tentera di seluruh negara.

“Itu sama sekali tidak benar...ia satu penipuan tidak berasas. Dalam Kementeria­n Pertahanan dan ATM, semua aset ini bersifat strategik dan sensitif kerana membabitka­n aspek keselamata­n negara...tidak sewenang-wenangnya ia boleh diserahkan kepada orang luar,” katanya.

Kelmarin, Rafidah mendakwa Najib ketika memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada 2008, mengesyork­an penswastaa­n 40,000 hektar tanah milik ATM kepada pihak persendiri­an dengan tempoh pajakan 40 tahun tanpa melalui tender terbuka atau sebut harga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia