Harian Metro

Rahsia kereta bercermin gelap

-

Terengganu: Dua wanita dipercayai pasangan lesbian mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki ketika dicekup di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.50 tengah hari, pasangan berusia 24 dan 32 tahun turut mengaku sudah kerap ‘terlanjur’ ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Malah, penguat kuasa turut menemui satu alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan selepas penguat kuasa yang melakukan rondaan ternampak sebuah kereta bercermin gelap dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati pasangan terbabit yang berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara sehingga tidak menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa kali pintu diketuk, pasangan itu terpinga-terpinga selepas melihat kereta mereka dikepung sebelum membuka pintu.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui seluar dalam milik pasangan itu dipercayai ditanggalk­an dan satu alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.

“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku semua barang itu milik mereka yang digunakan untuk memuaskan nafsu masing-masing,” katanya.

Sumber berkata, wanita berusia 32 tahun dari Pahang turut mengaku datang ke Dungun semata-mata mahu berjumpa pasanganny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia