Harian Metro

Salur hasil jualan tiket kepada penggiat seni

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Saleem akan menyalurka­n hasil jualan tiket Showcase Saleem Raja Balada-Syokk Ooo kepada penggiat seni yang mengalami masalah kesihatan dan kesempitan hidup.

Saleem berkata, dia terpanggil mengadakan showcase yang julung kali diadakan pada 20 April depan di Auditorium Pusat Pelanconga­n Malaysia (Matic), di sini selepas pernah terlantar sakit di hospital hingga mengalami masalah kewangan pada awal tahun ini.

“Ketika Allah izinkan saya sembuh daripada penyakit, saya terkenang saat susah untuk membayar rawatan perubatan kerana tidak dapat bekerja.

“Ketika itu Allah hadirkan ramai individu berhati mulia yang memberi sumbangan bagi membiayai kos rawatan.

“Justeru, ia memberi saya inspirasi untuk mengadakan sebuah showcase amal bagi membantu rakan di dalam industri hiburan yang berjuang dengan kesakitan serta rakan artis yang tidak mempunyai pekerjaan,”katanya

Menurut Saleem, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi mengagihka­n bantuan itu kelak.

“Buat masa ini, kami belum memutuskan individu yang bakal menerima sumbangan terbabit, tetapi kami akan bekerjasam­a dengan SENIMAN untuk memudahkan urusan pengagihan duit jualan tiket.

“Insya-Allah dengan rezeki dkurniakan ini, saya akan cuba salurkan kepada seberapa ramai yang mampu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia