Harian Metro

Buntu diarah keluar rumah

-

Kuala Lumpur: Peserta Mentor Otai, Alina Hassan buntu apabila diminta keluar dari rumah berikutan pemilik mahu mengambil semula kediaman itu.

Alina, 50, yang juga bekas juara program Sinaran Passport Kegemilang­an 1996 berkata, buat masa sekarang dia menetap di hotel yang disediakan pihak produksi Mentor Otai.

“Saya dimaklumka­n tuan rumah sejak Disember tahun lalu lagi. Namun, saya minta ihsan untuk terus tinggal di situ kerana terbabit dalam program ini.

“Minggu lalu saya sekali lagi diarahkan keluar. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Saya buntu tambahan pula saya masih dalam pertanding­an.

“Nak sewa rumah baru saya tidak ada duit untuk bayar wang pendahulua­n. Sementara permohohan untuk dapatkan rumah

DBKL melalui Seniman masih belum diluluskan. Saya kini tenggelam punca dan tidak tahu kepada siapa perlu mengadu dan mohon bantuan,” katanya.

Alina yang pernah menghasilk­an dua album ber harap tuah dan rezeki berpihak kepadanya apabila terbabit dalam program itu bagi kelangsung­an hidup selepas ini.

“Saya tidak kisah kalau dapat tempat kedua atau ketiga, asalkan dapat duit. Sekurang-kurangnya saya boleh gunakan untuk menyewa rumah.

“Selepas berpisah dengan suami, saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Saya menyara hidup dengan menjadi pengawal keselemata­n selama setahun dan kemudian jadi tukang cuci selama empat tahun.

“Pendapatan saya kecil sahaja sehingga terpaksa ikat perut. Ada masa saya berpuasa, bila ada duit baru dapat makan,” katanya.

Selain itu, Alina yang juga ahli Seniman tetap berharap permohonan mendapatka­n rumah bantuan DBKL melalui persatuan itu diluluskan segera.

“Sudah tiga kali saya buat permohonan. Kali pertama pada 2012 yang mana terus kepada pihak terbabit. Bagi permohonan kedua (2016) dan ketiga (2017), saya minta bantuan Seniman pula sebab saya difahamkan mereka ada kuota untuk ahli.

“Jadi, saya berharap

Seniman dapat bantu saya,” katanya.

 ??  ?? ALINA
ALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia