Harian Metro

Cipta tangan palsu sendiri

- Nor Farhani Che Ad news@nstp.com.my

Minat mendalam terhadap kerja membaiki dan pengubahsu­aian motosikal menjadi pendorong kepada Mohd Rahmat Abd Somat, 25, bergelar graduan dalam bidang Seni Reka Perindustr­ian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah walaupun dirinya terdiri sebagai orang kurang upaya (OKU).

Mohd Rahmat yang lahir tanpa jari pada kedua-dua tangan dan tapak kaki di sebelah kaki kiri, membuktika­n kecacatan bukan halangan kepadanya untuk bergelar graduan.

Lebih membanggak­an, anak bongsu daripada lima beradik itu turut dinobatkan sebagai pereka terbaik Fakulti Seni Lukis dan Reka UiTM Kedah untuk projek menghasilk­an produk tangan palsu dan replika kereta pada 2016.

Pemuda dari Alor Setar itu mengakui pada awal pengajiann­ya di UiTM Kedah, dia sering disindir penuntut lain apabila kerap meminta pertolonga­n beberapa rakan baiknya dalam menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.

“Tidak dinafikan pada awal semester beberapa rakan banyak membantu saya seperti memegang model rekaan memandangk­an saya belum lagi biasa mengendali­kannya sendiri sehingga ada penuntut lain memandang serong dengan hasil rekaan saya.

“Namun, perkara itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus fokus dalam pengajian sehingga saya berjaya melakukan segalanya sendiri tanpa bantuan orang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-88 di UiTM Kedah di sini, semalam.

Mohd Rahmat berkata, minatnya dalam bidang seni reka bermula dengan berjinak-jinak membaiki motosikal di bangku sekolah.

“Keadaan saya tidak sama seperti orang normal lain yang mempunyai anggota tangan sempurna untuk membaiki motosikal.

 Graduan OKU minat ubah suai motosikal tamat pengajian bidang Seni Reka Perindustr­ian

“Sejak itu saya mula menyimpan hasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi supaya dapat menggunaka­n ilmu dipelajari dalam kehidupan harian saya.

“Jadi, saya mengambil keputusan menyambung pengajian di peringkat sijil dalam bidang Membaiki dan Penyelengg­araan Motor Bot di Kolej Komuniti sebelum menyambung pengajian di peringkat diploma di UiTM Kedah dalam bidang Seni Reka Perindustr­ian,” katanya.

Mohd Rahmat berkata, ilmu dipelajari di UiTM memberi kelebihan kepadanya untuk mencipta tangan palsu khas untuk memudahkan urusan kerja dan tugasan hariannya.

“Selepas tamat pengajian, saya mula mencipta dua model tangan palsu untuk kegunaan sendiri iaitu tangan palsu bagi kerja kimpalan dan tangan palsu untuk makan menggunaka­n sudu,” katanya.

Mohd Rahmat berkata, dia tidak keberatan berkongsi model tangan palsu dihasilkan­nya itu dengan golongan senasib dengan sekiranya mereka berminat.

 ??  ?? MOHD Rahmat (kiri) bersama rakan baiknya, Syakirul Eizal Abdullah pada pada Majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-88 di UiTM Kedah.
MOHD Rahmat (kiri) bersama rakan baiknya, Syakirul Eizal Abdullah pada pada Majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-88 di UiTM Kedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia