Harian Metro

Anugerah belajar dalam tangisan

-

Shah Alam: Meskipun kehilangan ibu dan harus meneruskan pengajian dalam kesedihan, namun ia tidak menghalang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zarith Zulaikha Abd Aziz, 24, untuk melakar kejayaan.

Zarith Zulaikha yang juga penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) berkata, arwah ibunya banyak memberi dorongan sebelum dia melangkah ke menara gading.

“Saya kehilangan ibu pada semester kedua ketika melanjutka­n pengajian di peringkat diploma dalam bidang pengajian perniagaan di UiTM Segamat akibat barah.

“Memang sedih dan itu dugaan paling mencabar malah ia menyebabka­n pelajaran saya merosot. Setiap hari saya belajar dalam tangisan, namun saya teruskan juga usaha kerana itu keinginan ibu yang mahu melihat saya berjaya,” katanya.

Dia ditemui pada Istiadat Konvokesye­n ke-88 UiTM Shah Alam di sini, semalam.

Menurutnya, berkat sokongan bapa, keluarga, rakan-rakan dan pensyarah, dia akhirnya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Peruncitan.

Anak kelima daripada enam beradik itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95 sama seperti CGPA pengajian diploma sebelum ini.

Penerima ANC lain yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) Pemasaran, Muhammad Zakuan Abd Halim, 24, berkata, pengalaman­nya melalui waktu sukar ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara pendorong kejayaanny­a. Shah Alam: Usianya yang mencecah 38 tahun tidak membatasi seorang pengusaha pusat tuisyen daripada menggengga­m segulung ijazah.

Sarah Nursaadah Mohd Zameri berbangga kerana membuktika­n faktor usia bukan penghalang.

Malah ibu kepada anak lelaki berusia 14 tahun itu yang mengikuti kursus melalui program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) memperoleh Nilai Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.87, sekali gus menerima Anugerah Naib Canselor (ANC).

Dia ditemui selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) Kewangan pada Istiadat Konvokesye­n ke-88 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini, semalam.

Sarah Nursaadah berkata, bukan mudah membahagik­an masa antara perniagaan, pelajaran, isteri dan juga ibu.

“Banyak perlu dikorbanka­n terutama masa namun saya percaya tiada apa boleh menghalang kita untuk berjaya jika ada kesungguha­n.

“Saya minat dalam bidang pendidikan apatah lagi arwah ayah dan ibu adalah pensyarah.

“Mereka sumber inspirasi saya untuk mengejar cita-cita yang hampir dilupakan berikutan sibuk bekerja suatu ketika dulu,” katanya.

Sarah Nursaadah kini menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penerima lain ANC dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) Kewangan, Adam Ariff Mohd Roslan, 24, berkata, kejayaan itu adalah penebus selepas dia tidak mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia yang kini berkhidmat sebagai penganalis­is bersekutu di Bank Negara Malaysia (BNM) dan memperoleh CGPA 3.97 bersyukur dengan keputusan diperoleh.

 ??  ?? ZARITH bersama bapanya, Abd Aziz Osman melihat anugerah yang diterima pada Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-88.
ZARITH bersama bapanya, Abd Aziz Osman melihat anugerah yang diterima pada Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-88.
 ??  ?? SARAH bersama suami, Amirol Rahizam Abd Jamal pada majlis konvokesye­n, semalam.
SARAH bersama suami, Amirol Rahizam Abd Jamal pada majlis konvokesye­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia