Harian Metro

Jujurlah terhadap Ilahi

Allah suka kepada hamba sentiasa mencari keredaan-Nya

- Penulis pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Saidina Uthman bin Affan adalah sahabat karib serta menantu Rasulullah SAW. Beliau antara usahawan berjaya pada zaman Rasulullah SAW.

Semakin banyak kekayaan diperoleh, semakin banyak juga beliau sumbangkan demi kepentinga­n agama dan masyarakat.

Itu semua adalah berkat urus niaga dijalankan berlandask­an acuan Islam. Semuanya dilakukan dalam suasana penuh kejujuran.

Itulah contoh teladan seorang peniaga mukmin yang jujur. Berbeza dengan sebahagian manusia hari ini, apa yang disebut lain daripada apa yang dilakukan.

Saidina Uthman berpesan: “Jujurlah kepada Allah, tulus ikhlaskan ibadat dan ubudiyah kamu. Ketahuilah setiap manusia boleh berbual-bual mengenai kealiman dan kesolehan, tetapi daripada sikap dan perilaku kamu, kemunafika­n pasti terserlah.”

Maksud beliau, segala sikap dan perbuatan harian kita akan memberikan gambaran sama ada kita benar-benar jujur atau sebaliknya.

Ketika membaca doa iftitah di dalam solat, kita membuat ikrar kepada Allah yang bermaksud: “Solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.”

Kita membacanya dengan begitu tartil sekali, tetapi bagaimana di luar solat dan ketika melakukan kerja? Jika kita seorang pemimpin, doa dan aku janji kepada Allah SWT perlu dibuktikan dengan menunaikan tanggungja­wab kepada rakyat dengan penuh rasa amanah.

Seandainya kita seorang peniaga, seperti Uthman bin Affan, kita perlu buktikan sebarang urusan perniagaan yang dilakukan tidak terkeluar daripada garis panduan sebenar.

Begitu juga sebagai suami dan bapa, sikap dan aku janji kepada Allah mesti ditunaikan dengan sebaiknya.

Uthman bin Affan seterusnya berpesan: “Ketahuilah, setiap manusia yang menyimpan satu rahsia, Allah pasti akan menampakka­n rahsia itu melalui wajah dan ucapan mereka. Maka, jujurlah kepada Allah dan kepada manusia, nescaya hidup kamu pasti tenteram dan damai.”

Itulah formula untuk mencapai ketenangan, kebahagiaa­n dan kedamaian dalam kehidupan yang diutarakan Khalifah ar-Ra syidin ketiga itu.

Uthman dengan tegas mengingatk­an: “Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun seluruh manusia marah dan benci kepadanya, Allah akan menyukainy­a.

“Kemudian, sesiapa yang membuatkan Allah murka kerana mencari keredaan manusia, maka Allah akan menyerahka­nnya kepada manusia (iaitu tidak akan ditolong Allah).”

Untuk mencapai reda Allah SWT memerlukan sikap jujur. Misalnya, apabila seseorang pemimpin jujur terhadap Allah dan manusia, kesannya dapat dirasai ketika di dunia lagi.

Pemimpin seperti itu menjadi idaman dan ‘buah hati’ rakyatnya. Lihatlah kepada sikap dan tindakan jujur terserlah pada watak kepemimpin­an Saidina Umar al-Khattab.

Meskipun beliau lebih terkenal dengan watak garang dan tegas, apabila memegang tampuk pemerintah­an, beliau menunjukka­n sikap penuh bertanggun­gjawab demi membuktika­n kejujurann­ya terhadap Allah dan manusia di bawah kepepimpin­annya.

Dalam negara kita suatu ketika dulu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menangis apabila mendapat tahu Perdana Menteri yang mereka cintai, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Air mata kasih rakyat jelata membuktika­n itulah seorang pemimpin Islam kontempora­ri contoh yang jujur menjalanka­n tugas mensejahte­rakan rakyat dan memakmurka­n negara.

Kita lihat lagi nasihat Uthman bin Affan seterusnya: “Jujurlah kepada Allah dan pasrahkanl­ah nasib hidup kamu kepada-Nya, nescaya hidup kamu pasti tenteram dan damai.”

Beliau mengajak kita supaya bertawakal kepada Allah dalam setiap perkara. Sikap bertawakal itu sebenarnya lambang kejujuran seseorang yang tidak membelakan­gi Tuhannya apabila melakukan sesuatu perbuatan.

Walaupun sudah melakukan yang terbaik, sifat jujur yang terpahat dalam hati, tawakal dan menyerahka­n nasib kepada Allah tetap tersemai dalam jiwa nurani.

Sebaik mana sekalipun usaha dan tindakan yang dilaksanak­an, ia bukan penentu kepada kejayaan. Semua itu hanya dengan izin Allah.

Apabila menyedari hakikat itu, jiwa kita tidak lagi bersifat ego, sombong dan takbur ketika dikurniaka­n kejayaan.

 ??  ?? SAIDINA Umar al-Khattab dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah manakala Saidina Uthman bin Affan dimakamkan di Perkuburan Baqi berhampira­n masjid ini.
SAIDINA Umar al-Khattab dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah manakala Saidina Uthman bin Affan dimakamkan di Perkuburan Baqi berhampira­n masjid ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia