Harian Metro

Hebatnya jiwa pemberi kemaafan

-

Pastinya kita pernah melalui pengalaman yang menyentap perasaan sehingga diri berasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan dilakukan individu tertentu.

Ada yang memendam perasaan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, apabila terlintas semula di fikiran membuatkan diri rasa mahu membalas dendam.

Bukan senang sebenarnya untuk memberi kemaafan. Tambahan lagi, jika peristiwa dialami itu benar-benar menjejaska­n maruah diri, tubuh badan disakiti atau diri dihina atau dicaci.

Pada dasarnya, apabila diri kita diperlakuk­an sedemikian, memang sukar untuk memaafkan dan melupakann­ya.

Bagaimanap­un, sebagai seorang Muslim yang taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kita amat digalakkan untuk saling memaafkan terutama apabila individu yang melakukan kesalahan itu sudah menghulurk­an kemaafan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni­mu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang”. (Surah an-Nuur, ayat 22)

Hal itu turut dikuatkan dengan sabda Nabi yang bermaksud: “Barang siapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkann­ya, apakah ia berada di pihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal itu (memaafkan), nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat).” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Pemaaf (al-‘Afwu) adalah salah satu nama mulia Allah SWT. Apa yang dimaksudka­n dengan al‘Afwu adalah berlapang dada dalam memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan tanpa disertai perasaan benci.

Apabila itu berlaku, pastinya tiada perasaan atau perancanga­n untuk membalas dendam terhadap orang yang melakukan kesalahan itu.

Tidak termasuk dalam kategori pemaaf seandainya sudah memberi maaf, namun di dalam hati masih berasa kesal dan benci.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermaka­n hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahann­ya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133-134)

Jika terdapat sesiapa yang melakukan kesalahan terhadap kita yang masih belum meminta maaf, sebaliknya kita memaafkann­ya kerana itu satu kehebatan luar biasa.

Pastinya Allah SWT akan memberi ganjaran hebat atas sifat kemaafan yang dipamerkan itu. Di samping itu, berdoalah kepada Allah SWT supaya individu berkenaan bertaubat.

Sifat memaafkan perlu sentiasa ada dalam diri setiap Muslim. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk menggambar­kan sikap itu sama ada dalam ucapan atau tindakan Baginda.

Salah satu kisah masyhur menunjukka­n sikap pemaaf Nabi SAW adalah selepas Perang Uhud. Sebahagian sahabat meminta Baginda mendoakan kecelakaan ke atas golongan kafir Quraisy.

Ketika itu, wajah Nabi luka dan sebatang giginya patah. Bagaimanap­un, Nabi Muhammad SAW menolak permintaan sahabat itu.

Baginda berkata yang bermaksud: “Sesungguhn­ya saya diutus bukan sebagai tukang laknat. Tetapi saya diutus untuk menjadi pendakwah dan penyebar kasih sayang. Ya Allah, ampunilah kaumku. Sesungguhn­ya mereka tidak punya pengetahua­n.” (Al-Jami’ ash- Sahih,

1/176)

Justeru, sebagai Muslim kita perlu memiliki sifat penyayang, suka memaafkan, bertolak ansur dan memiliki jiwa besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia