Harian Metro

DI MATAMU JADI PILIHAN ANAK MUDA

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Single terbaru penyanyi Sufian Suhaimi, Di Matamu terus mencipta fenomena. Tular sebelum dilancarka­n, lagu ini mencatat jumlah tontonan lebih 10 juta di laman YouTube dalam tempoh dua minggu.

Sesuai dengan melodi dan lirik lagu itu yang sedih, Di Matamu menjadi pilihan anak muda sebagai lagu tema percintaan mereka.

Malah, tidak kurang juga yang menganggap lagu hasil ciptaan

Sirkhan dan Rinkarnaen itu sesuai melatari kisah cinta yang putus di tengah jalan. Memenangi hati peminat tentunya menjadi modal utama setiap artis selain meraih perhatian menerusi bakat.

Dua bintang popular, Khai Bahar dan Neelofa, berjaya mencuri perhatian ramai peminat malah mereka ada sokongan yang kuat dalam bidang masing-masing.

Disebabkan itu jugalah dua permata ini dijulang sebagai penerima anugerah Top Top Meletop kategori lelaki dan wanita di Anugerah Meletop

Era 2018 (AME2018) yang berlangsun­g, kelmarin.

Khai yang baru setahun jagung mencanai bakat sebagai penyanyi berkata kemenangan itu di luar jangkaanny­a.

“Alhamdulil­lah. Tahun lalu, saya cuma menang satu kategori tetapi tahun ini rezeki saya lebih.

“Terima kasih diucapkan kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya sejak awal pembabitan dalam bidang seni.

“Bagi saya lagu berentak sebegini cukup dekat dengan masyarakat kita. Dari dulu lagi banyak lagu sebegini menjadi siulan anak muda hingga sekarang, malah saya pun ada lagu kesukaan sendiri.

“Cuma, kalau mereka memilih lagu ini sebagai tema percintaan atau putus cinta, terpulang. Masing-masing ada cita rasa sendiri. Saya tidak boleh halang atau paksa orang.

“Apa yang jelas, orang kita memang suka lagu mendayu dan tangkap perasaan,” kata Sufian.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia