Harian Metro

LITAR HUTAN BANDAR

-

Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Larkin.

Litar berkenaan yang mula beroperasi pada penghujung tahun lalu menjadi lokasi utama peminat aktiviti permainan kenderaan pacuan empat roda kawalan jauh di negeri berkenaan untuk berjumpa dan berkongsi maklumat.

Pengikutny­a, Aldrian Iskandar berkata, memandangk­an litar yang diwujudkan Johor Crawler Team di Hutan Bandar MBJB mampu menarik kehadiran ramai pengunjung ke taman rekreasi itu, kumpulanny­a juga dijemput Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) di Skudai untuk membangunk­an satu lagi litar di dalam kampusnya pada April ini.

Katanya, malah UTM dan Johor Crawler Team akan berganding bahu menganjurk­an kejohanan antarabang­sa pada tahun ini dalam usaha mempromosi­kan litar berkenaan kepada orang ramai.

"Tidak sangka permainan kenderaan pacuan empat roda kawalan jauh ini mampu menjadi aktiviti yang boleh menarik kehadiran masyarakat setempat bahkan mendapat perhatian pelancong asing.

"Apabila ada kumpulan atau individu dari negara luar yang berpengala­man datang ke Johor untuk bertanding atau berlatih, kita juga dapat berkongsi pandangan atau kemahiran bagi memantapka­n skil mengendali­kan alat permainan ini," katanya.

Aldrian berkata, orang ramai terutama di Johor dialu-alukan untuk menyertai komuniti mereka terutama golongan muda kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang berfaedah untuk mengeratka­n hubungan antara masyarakat.

Tambahnya, selain itu dengan adanya bakat baru, ia boleh melahirkan lebih ramai pemain kenderaan pacuan empat roda kawalan jauh tempatan yang mungkin dapat menimba pengalaman ke kejohanan antarabang­sa pada masa depan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Johor Crawler Team yang aktif dalam pelbagai kejohanan.
SEBAHAGIAN ahli Johor Crawler Team yang aktif dalam pelbagai kejohanan.
 ??  ?? AKSI sebahagian ahli ketika sertai kejohanan.
AKSI sebahagian ahli ketika sertai kejohanan.
 ??  ?? JOHOR Crawler Team
sentiasa bertukar pandangan mengenai
skil kawalan kenderaan permainan
mereka.
JOHOR Crawler Team sentiasa bertukar pandangan mengenai skil kawalan kenderaan permainan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia