Harian Metro

MISI RENTAS SEMPADAN

-

Mohd Al-Firdaus sahut cabaran 2 bulan menetap di Tanzania

dua bulan berbanding beberapa hari saja untuk misi terdahulu.

“Namun, semua urusan saya dipermudah­kan sepanjang menetap di Zanzibar iaitu negeri di Tanzania. Boleh dikatakan masyarakat di sana cukup ramah dan menyambut baik kedatangan setiap kali kami tiba di sesuatu tempat.

“Keadaan itu jauh berbeza dengan tanggapan saya terhadap mereka sebelum menjejakka­n kaki ke sana,” katanya yang menuntut dalam jurusan Kejurutera­an Marin di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineerin­g Technology (UniKL MIMET).

Menurut Mohd

Firdaus, terlalu banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana namun yang paling tidak dapat dilupakann­ya adalah ketika bertemu murid sewaktu berkunjung ke sebuah madrasah.

Katanya, walaupun banyak kekurangan dari segi kemudahan, mereka bersemanga­t untuk datang ke kelas demi menuntut ilmu.

“Terdapat kira-kira

200 pelajar di madrasah berkenaan dan mereka bukan saja tiada kelengkapa­n mengajar tetapi perlu bersesak dalam kelas.

“Paling menyedihka­n adalah ketika saya bertemu dua pelajar datang ke kelas tanpa membawa beg galas tetapi plastik berisi buku yang sudah lusuh.

“Ia membuatkan hati saya tersentuh kerana walaupun banyak kekurangan, mereka ada keinginan untuk belajar cuma tidak berkemampu­an disebabkan kemiskinan,” katanya .

Menurut Mohd Firdaus, meskipun sudah pulang ke tanah air, dia tetap bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan (NGO) di sana untuk memastikan pembinaan tiga sekolah dan sebuah madrasah diteruskan seperti yang dirancang.

“Ikutkan, misi kami di sana belum selesai tetapi tidak dapat tinggal lebih lama kerana perlu pulang ke tanah air pada waktunya.

“Bagaimanap­un, ia tidak terhenti setakat itu kerana kami akan terus berhubung dengan NGO di sana bagi mengetahui perkembang­an terkini dan memberi bantuan diperlukan dari sini.

“Setakat ini, dua madrasah sudah disiapkan manakala satu lagi sedang dibina sementara sebuah sekolah hampir siap sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Firdaus dapat membiasaka­n diri walaupun perlu berada selama dua bulan di Tanzania.
MOHD Firdaus dapat membiasaka­n diri walaupun perlu berada selama dua bulan di Tanzania.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia