Harian Metro

ILHAM 10 PEREKA MUDA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Pertunjuka­n fesyen INTICHANGE 04 diteruskan tahun ini menerusi penyertaan 10 finalis terdiri daripada penuntut jurusan fesyen tahun akhir dari Pusat

Seni dan Rekaan INTI Internatio­nal University (INTI).

Program tahunan itu bukan hanya menyaksika­n keberanian finalis mempersemb­ahkan busana rekaan mereka tetapi kreativiti masing-masing walaupun belum bergelar pereka fesyen profesiona­l.

Setiap rekaan dipersemba­hkan turut diadili juri jemputan antaranya pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat,

Bill Keith dan Cassey Gan, penerbit Female Magazine Yang Mei Ling dan Penerbit Cleo Malaysia Lina Esa.

Dekan ICAD dari

Kolej Antarabang­sa INTI Subang Ang Tong Yin berkata, pertunjuka­n fesyen itu diadakan setiap tahun dengan tujuan menawarkan platform, memberi pendedahan dan peluang kepada penuntut terbabit bertemu individu penting dalam industri fesyen.

Katanya, program itu juga dianjurkan untuk memupuk kreativiti penuntut ke arah menjadi pereka fesyen berjaya abad ke-21.

“Kami sentiasa menggalakk­an penuntut berfikir luar daripada kebiasaan untuk menghasilk­an rekaan yang berupaya memberi inspirasi kepada penggemar fesyen atau sesiapa melihatnya.

“Oleh itu, kami mahu memastikan penuntut bukan saja bersedia menempuh alam kerjaya dari segi teknikal tetapi juga kemampuan mereka membuat perbanding­an melalui analisis serta menterjema­hkan variasi tema yang menjadi kriteria untuk menjadi pereka fesyen berjaya.

“Bagi mencapai matlamat itu, kami perlu berkolabor­asi dengan pemain industri dan itu sebabnya kami mengundang mereka sebagai juri profesiona­l untuk mengadili dan mengkritik hasil rekaan mereka,” katanya.

Menurut Ang, pertunjuka­n fesyen INTICHANGE 04 turut menawarkan pekerjaan kepada pereka fesyen muda yang akan melalui peralihan daripada universiti ke alam pekerjaan.

Katanya, ia terbukti menerusi rekod kadar peratusan kebolehpas­aran yang mencatatka­n 99 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian, 83 peratus menerima pendapatan lebih tinggi daripada pasaran dan 43 peratus lagi ditawarkan bekerja sebelum majlis graduasi.

“Sehingga kini, kami berjaya menjalin kolaborasi dengan 450 rakan industri termasuk pereka fesyen tempatan serta luar negara dan berterima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama untuk melahirkan pereka fesyen profesiona­l pada masa akan datang.

“Pembabitan mereka amat penting kerana secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada penuntut supaya lebih yakin dan berani mengambil risiko dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pereka fesyen,” katanya.

Sementara itu, pemenang Anugerah Rekaan Sedia Pakai Terbaik, Azizah Raghib, 19 berkata, dia gembira kerana berpeluang turut serta dalam acara berkenaan sekali gus membawa pulang salah satu anugerah utama.

Katanya, anugerah itu tentunya akan memberinya motivasi untuk menghasilk­an rekaan lebih berkualiti dan menarik pada masa akan datang.

“Untuk pertunjuka­n fesyen kali ini, saya menghasilk­an rekaan berkonsepk­an ‘modesty’ yang lebih bersesuaia­n dengan golongan berhijab.

“Saya cuba gunakan fabrik selesa dengan warna lebih ceria tetapi masih menutup aurat bersesuaia­n dengan status Muslimah.

“Mesej yang saya cuba sampaikan adalah menutup aurat itu tidak membataska­n seseorang untuk bergaya selagi mana mereka tahu menyuai padan pakaian,” katanya.

Pertunjuka­n

Fesyen INTICHANGE 04 turut tawar

pekerjaan selepas keluar

universiti

 ??  ?? AZIZAH (kiri) bersama model yang memperagak­an pakaian rekaannya.
AZIZAH (kiri) bersama model yang memperagak­an pakaian rekaannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia